Unit Pemusnah Bom dari IPK dan Cawangan Persenjataan IPD Kota Tinggi ketika menjumpai bom lama tersebut di jeti terbabit.
KOTA TINGGI - Sebanyak tiga butir bom lama berjaya dimusnahkan selepas ianya dijumpai orang awam di Jeti Md Long, Tanjung Belungkor dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, semua bom itu dijumpai pada jam 7 pagi hingga 12.30 tengahari.
Menurutnya, penemuan bom itu disedari orang awam yang ternampak satu objek yang menyerupai sebuah bom di kawasan terbabit sebelum satu laporan polis dibuat oleh penyelia jeti terbabit di Balai Polis Adela pada jam 10 pagi.
"Lanjutan daripada itu, sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Adela, Sarjan Razali Sabtu telah ke lokasi kejadian. Hasil siasatan telah menemui tiga buah bom lama iaitu dua daripadanya jenis Shell Meriam 105 dengan anggaran berat 20 kg dan sebutir bom Mortar berat kira-kira 1.2 kg dijumpai dalam jarak 25 meter.
"Ketiga-tiga buah bom itu telah dipindahkan dan dimusnahkan pada jam 5.45 petang oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Kotinjen dan dibantu Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi," katanya.
Tambahnya, proses letupan dan pemusnahan semua bom terbabit selesai dilakukan pada jam 6.15 petang hari yang sama.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: