Wednesday, October 21, 2015

Hubungan Shahrul Nasrun & Adira Masih Baik




Shahrul Nasrun
KUALA LUMPUR: Shahrul Nasrun Kamarudin menganggap hubungannya dengan bekas tunang iaitu penyanyi Adira Suhaimi adalah baik walaupun wanita itu pernah mendedahkan sukar melupakan memori percintaan mereka.

Bagaimanapun, Shahrul, 29, enggan mengulas mengenai hubungan itu kerana ia disifatkan terlalu peribadi.

"Perkara itu terlalu peribadi untuk saya komen, saya berkawan baik dengan semua orang. Bukan dengan dia (Adira) sahaja, malah bekas teman wanita saya sebelum ini pun saya baik juga.

"Tentang kenyataan Adira itu, mungkin dia ingin sampikan maksud lain iaitu dia masih menjaga hati keluarga saya untuk memulakan hubungan baru," ujarnya kepada mStar Online.

Adira

Shahrul Nasrun  yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M) ditemui pada sidang media Zikir Perdana, yang diadakan di Hotel Majestic, di sini, Selasa.

SILA KLIK: Masih Ada Sayang Pada Bekas Tunang - Adira

Shahrul diminta mengulas tentang kenyataan penyanyi Adira Suhaimi yang masih menyimpan perasaan sayang kepadanya selepas mereka berpisah April lalu.

Sementara itu, Shahrul berkata, sebagai seorang yang sudah dewasa dia menerima perpisahan tersebut sebagai kententuan yang telah ditetapkan Allah.

"Kita sudah dewasa soal benda jadi atau tidak adalah ketentuan Allah dan kita hanya merancang.

"Kita berkawan seperti biasa dan hubungan persahabatan itu kita tidak boleh putuskan," ujarnya.

Sementara itu, Shahrul yang bertindak sebagai pengurus acara program Zikir Perdana menyasarkan seramai lebih 30,000 akan hadir pada majlis ilmu yang akan berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya pada 7 November depan.


Antara artis dan mereka yang terlibat dalam Zikir Perdana pada 7 November depan.

Katanya, program tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Zamidi dan bakal disertai lebih 10 artis popular tanah air.

"Program ini merupakan lanjutan daripada program Selawat Perdana yang saya anjurkan tahun lalu yang menerima sambutan setengah juta pengunjung.

"Program ini juga akan disertai artis popular tempatan sebagai salah satu tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan oleh para artis kepada masyarakat," ujarnya.

Antara artis yang bakal memeriahkan program tersebut ialah Nabil Ahmad, Johan As'ari, Izzue Islam, Mawi, Hisyam Hamid, Azwan Kombos, Faye Khusyairi, Afiq Muiz dan Aishah Ilias.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: