Erma, atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, berkata, penerimaan penonton terhadap nama Mak Cun sehingga menjadi fenomena memberi peluang kepadanya untuk variasikan karya itu.
"Pada mulanya saya hanya menghasilkan Mak Cun sebagai sebuah telefilem biasa yang menceritakan tentang usahawan desa bedak sejuk dan kemudiannya menjadi drama sebanyak sembilan episod.
"Saya tak sangka ia mendapat sambutan yang menghangatkan. Saya sendiri tak pernah terfikir Mak Cun boleh menjadi fenomena apatah lagi ia turut menarik perhatian kanak-kanak.
Erma ditemui pada majlis pelancaran teater Mak Cundi Istana Budaya di sini pada Selasa.
Turut hadir barisan pelakonnya iaitu Nora Danish, Datuk Rahim Razali, Balkish Semundur Khan, dan Ungku Ismail.
Hadir sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.
Dalam pada itu kata Erma, teater yang diterbitkan Rumah Karya Citra itu sebagai tanda penghargaannya kepada peminat-peminat Mak Cun.
"Saya harus menghargai para peminat Mak Cundengan melahirkan teater pula.
"Memandangkan ia menjadi tarikan kanak-kanak, saya akan menjaga dialog watak Mak Cun agar ia sesuai ditonton semua pihak.
"Apa yang saya buat ini saya dedikasikan kepada usahawan-usahawan desa yang turut membantu menaikkan ekonomi negara ," ujarnya.
Teater muzikal ini bakal dipentaskan bermula 14 hingga 22 November depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: