Che Nordin teruja melihat ayam serama yang angkuh tetapi berkeyakinan tinggi. .
SEMAKIN ego dan sombong ayam serama itu, semakin bertambah minat saya untuk memilikinya. Semangat itu disuarakan Che Nordin Che Man, iaitu peminat tegar ayam serama sejak hampir 20 tahun lalu.
Kini Che Nordin sudah memiliki 60 ekor ayam serama yang dibela sebagai hobi dan untuk pertandingan.
“Ayam serama ada kecantikan dan sifat angkuhnya tersendiri. Bila ia mendabik dada dan semakin sombong itulah satu keterujaan untuk milikinya.Semakin tinggi ia mendabik dada, semakin cantik ayam ini dan nilainya mampu mencapai ribuan ringgit,” ceritanya.
Menurut Che Nordin, antara daya tarikan ayam serama dapat dilihat pada kepak, kaki, ekor, perwatakan, balung, bulu pelepah dan gelambir.
“Tidak susah untuk memelihara ayam serama, kita hanya perlu sediakan reban ayam dan memberi makanan serta menjaganya dengan betul untuk memastikan badannya sentiasa cantik bersih.
“Selain itu, untuk memastikan balung yang megah, ia perlu dibalut agar kedudukan balung itu bukan sahaja tercacak, tetapi melambangkan keangkuhan ayam serama,” katanya.
Ayam Serama merupakan ayam teringan di dunia iaitu di bawah 500 gram.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: