Friday, October 16, 2015

Alat baharu periksa kandungan kolestrol



AvoMeter
AvoMeter
KADAR glukos darah bukan sahaja faktor risiko permasalahan kesihatan kardiovaskular, tetapi sindrom metabolik merupakan sekumpulan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan masalah kesihatan lain seperti diabetes dan strok.

Antara faktor risiko ini termasuklah saiz pinggang yang besar (berbentuk buah epal), tekanan darah tinggi, kadar glukos darah yang tinggi dan paras kolesterol tidak normal.

Alat meter glukos darah biasa dan meter BP adalah tidak mencukupi bagi merangkumi semua faktor risiko terutamanya dari segi pengukuran paras kolesterol darah.

Walaupun ujian makmal merupakan pilihan terbaik tetapi ia mengambil masa dan melibatkan banyak kos jika melakukannya secara kerap.

AvoMeter dilancarkan pada awal 2010 merupakan siri alat meter kolesterol yang memberikan kemudahan kepada semua yang ingin memantau paras kolesterol.  Bacaan paras kolesterol boleh didapati dalam masa 26 saat dan ia menawarkan fungsi pengukuran glukos darah.

Ini menjadikan satu alat meter terbaik dan sesuai digunakan di rumah. Bacaan paras kolesterol darah yang tinggi akan memberikan peringatan kepada kita untuk mendapatkan rawatan, berdiet, bersenam atau membuat ujian makmal sekiranya ia telah lama diabaikan buat sementara waktu.

AvoMeter menawarkan fungsi-fungsi yang lebih baik dan lengkap seperti pengekodan automatik bagi fungsi pengukuran kadar glukos (tiada pengekodan); keputusan dalam lima saat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: