Monday, March 3, 2014

Cuaca panas belum mencapai tahap ekstrem


WARGA kota meluangkan masa menjalankan aktiviti luar bersama keluarga walaupun dalam keadaan cuaca berjerebu dan panas kering di Taman Tasik Metropolitan, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Cuaca kering dan panas yang melanda negara ini sejak Januari lalu masih belum mencapai tahap ekstrem, kata Timbalan Ketua Pengarah (Strategi dan Teknikal), Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas (gambar kecil).
Menurutnya, suhu maksimum yang mencecah antara 34 hingga 36 darjah celsius adalah normal bagi bulan Januari dan Februari.
“Buat masa ini negara kita tidak dilanda kemarau sebaliknya mengalami cuaca yang panas dan kering.
“Keadaan akan menjadi ekstrem apabila suhu mencecah 40 darjah celsius seperti yang pernah berlaku di Perlis sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: