Sunday, March 2, 2014

17 Selebriti Turun Padang Berniaga Di Femes Bazaar


Barisan selebriti yang terlibat dengan jualan produk masing-masing di Femes Bazaar. 
KELANA JAYA: Seramai 17 selebriti turun padang berniaga menerusi barangan jualan masing-masing di Femes Bazaar di Tierra Crest di sini bermula Sabtu (1 Mac 2014) dan Ahad (2 Mac 2014).
Penganjurnya, Yusmarul Ariff, 28, berkata, ia merupakan penganjuran ulang tahun pertama Femes Bazaar dan kehadiran para selebriti tampil dengan produk jualan mereka membuatkan bazaar tersebut menjadi lebih meriah.
"Alhamdulillah, para selebriti ini memberi kerjasama yang sangat baik untuk melibatkan diri dalam Femes Bazaar.
"Suasana bazaar bertambah meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang ingin mendekatkan diri dengan artis yang diminati.
Mizz Nina
"Malah para pengunjung dapat membeli belah dengan nilai harga yang sangat berpatutan selain dapat beramah mesra dengan selebriti kegemaran masing-masing," katanya.
Antara selebriti yang terlibat termasuklah, Wawa Zainal, Hanez Suraya, Intan Ladyana, Nad Zainal, Mizz Nina, Kilafairy, Anzalna Nasir, Izzue Islam, Maulana, Edlin AF2, Ila Damia, Ainul Aishah dan Karl Shafek.
Tambah Yusmarul, secara keseluruhan, sebanyak 100 peniaga 'online' termasuklah para selebriti yang terlibat dalam jualan di Femes Bazaar.
Dalam pada itu, Yusmarul berazam ingin menarik perhatian golongan muda di bawah 21 tahun berniaga di bawah bazaar anjurannya itu.
Wawa Zainal dan Aeril juga turun padang menjual pakaian muslimah.
"Kalau boleh saya mahu terapkan jiwa anak-anak muda untuk berniaga kerana ia dapat membantu menjana masa depan.
"Bagi yang masih dalam pengajian, mereka juga boleh menjadikan perniagaan sebagai kerja sampingan. Sekuran-kurangnya mereka dapat belajar mencari duit tanpa meminta wang daripada ibu bapa," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: