Saturday, May 25, 2013
Penginapan mewah Hotel Best Western
WALAUPUN belum sampai setahun beroperasi, Hotel Best Western, Premier Dua Sentral (Best Western), diJalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur begitu terkenal dalam kalangan pelancong.
Best Western menawarkan penginapan mewah di ibu negara dengan status lokasi strategik.
Hotel yang terletak kira-kira 500 meter dan hanya mengambil masa 10 minit perjalanan dari Kuala Lumpur Sentral itu memiliki 358 bilik yang terbahagi kepada tiga pakej iaitu Executive, Club dan Deluxe Suite. Setiap pakej mempunyai ciri-ciri istimewa dan harga yang berbeza.
Bagi mereka yang inginkan lebih keselesaan, bilik Executive Suite merupakan pilihan terbaik buat anda. Dua bilik tidur yang luas dilengkapi tiga katil bersaiz queen dan ruang tamu mewah melengkapkan percutian tersebut. Walaupun di tengah-tengah kesibukan bandar raya, para tetamu boleh menikmati suasana penginapan yang tenang.
Bilik Club Suite pula mempunyai satu bilik, namun mempunyai kelengkapan dan yang serupa dengan pakej penginapan Executive Suite,
Pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan van percuma untuk pelancong ke beberapa destinasi di ibu kota seperti Pusat Konvokesyen Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Sentral.
Restoran
Di hotel bertaraf empat bintang itu, para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan di tiga restoran utama iaitu Kembali Kitchen, Hugo’s On 6 dan Grill 582.
Ketiga-tiga restoran tersebut menyajikan hidangan yang berbeza mengikut cita rasa anda. Bagi yang menggemari hidangan tradisi autentik masyarakat Malaysia seperti nasi beriani, kambing panggang dan ketam masak cara Cina, Kembali Kitchen merupakan pilihan terbaik.
Huga’s On 6 pula menyajikan hidangan Barat seperti piza dan pasta. Anda juga dapat melihat sendiri proses penyediaan tujuh jenis piza istimewa antaranya Piza Nargherita, Piza Quatrro Stagioni dan Piza Hugo’s sebelum ia dibakar di dalam ketuhar.
Urutan
Tidak sempurna penginapan anda di Hotel Best Western sekiranya tidak mencuba urutan daripada terapi terbaik di Bhuvana Spa Luxe. Pelancong boleh mencuba minyak dyna yang telah dipanaskan melalui urutan signatur spa itu.
Pengurus Bhuvana Spa Lux, Linda Omar memberitahu, urutan daripada lima ahli terapi spa menggabungkan dua teknik iaitu regangan dan urutan badan.
“Urutan dengan tapak tangan yang ditawarkan mampu mengurangkan sakit otot. Selain daripada urutan badan, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan refleksologi dan rawatan kaki.
“Sesi urutan signatur Bhuvana Spa mengambil masa selama satu jam pada harga RM170. Pihak kami juga memberi kelonggaran kepada pengunjung untuk memilih sama ada mahu diurut oleh ahli terapi lelaki atau wanita,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Gimnasium
Walaupun terletak di tengah-tengah ibu kota, hotel tersebut juga mempunyai kemudahan gimnasium untuk para tetamu.
Tidak hanya tertumpu kepada peralatan gimnasium yang moden, pihak hotel juga menyediakan jurulatih untuk membantu para tetamu hotel dengan teknik-teknik terbaik untuk senaman. Lebih menarik, senaman dilakukan sambil menikmati panorama Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: