Dalam kisah dongeng versi moden ini, anak raja pula tidak menyintai Merah tetapi cuba mengejar Putih yang menolak cintanya. Segalanya kerana Putih percaya pada mitos asal gelaran 'Putera Raja' mereka pasti akan mengahwini Merah.
Ia mengisahkan watak Suri (Merah) anak kepada Embun yang telah kematian suami. Embun berpindah ke kampung dan berkahwin dengan lelaki bernama Salam yang juga merupakan ayah kepada Qaseh (Putih), seorang yang lurus dan sangat menyayangi kakak dan ibu tirinya.
Tidak lama kemudian, Salam meninggal dunia dan Embun meneruskan perniagaan kedai yang diusahakan oleh arwah Salam yang menyara kehidupan mereka sekeluarga. Namun pada masa sama Embun tidak membenarkan Suri melakukan sebarang kerja walaupun hanya melibatkan kerja ringan.
Tidak lama selepas itu, muncul dua beradik datang ke kampung mereka. Kehadiran mereka ke kampung itu dengan impian yang besar untuk membuat kajian terhadap produk yang telah mereka berjaya hasilkan.
Tanpa sengaja si jejaka terjumpa dengan Suri yang sedang leka berbuai di dalam hutan. Melihat sahaja paras rupa dan kecantikan asli Suri membuatkan lelaki itu jatuh hati terhadapnya.
Begitu pun segalanya tidak semudah disangka apabila tawaran untuk berkenalan dan mengenali Suri ditolak mentah-mentah oleh gadis itu.
Menampilkan pelakon Mardiana Alwi, Nad Zainal, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Diwan Nawi, Safura Ya’cob dan Raja Azri, Buaian Kasih mengisi slot Cindai mulai 9 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 2.05 petang di TV1.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: