|
Bila bidang nyanyian tidak menjanjikan masa depan yang lebih cerah, ramai penyanyi mencuba bidang lakonan. Ada yang sudah dlupa bahawa mereka asalnya bermula sebagai penyanyi kerana kejayaan lakonan masing-masing. Tapi ada juga pelakon yang menjadi buruan komposer yang mahu menggunakan nama mereka yang sedang popular untuk menambah seri sesebuah lagi. Pelakon baru Talha Harith antara yang diintai komposer untuk merakam lagu. ![]() Bukan sekadar rakan lagu, tapi Talha memang ada bakat. "Bila kawan saya mengetahui hasrat Julfekar itu, dia memberitahu saya. Setelah melalui sesi uji bakat saya diterima oleh komposer itu. Tapi sebab saya sedang sibuk berlakon, saya belum sempat masuk studio lagi. "Saya sudah dapat beberapa lagu... tunggu saya selesai berlakon nanti barulah saya akan masuk studio rakaman," kata Talha kepada Mangga Online. Dia akan merakam lagu-lagu Bukan Kamu Yang Salah dan Berikanku Kesempatan. Salah sebuah lagu itu akan dipilih sebagai single pertamanya. Konsep pop rock menjadi taruhannya untuk projek rakaman itu. "Saya tak tahu lagu mana yang akan dipilih oleh komposer sebagai single pertama saya nanti. Terserahlah kepada perancangan komposer membuat pilihan kerana mereka lebih arif pasal perkara ini," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama panggilan 10 Zulhijjah yang akan ditayangkan pada musim Hari Raya Aidiladha nanti. |
Wednesday, October 5, 2011
Talha Harith jadi penyanyi pula
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: