Monday, October 31, 2011

Papan luncur dibaham jerung


SEORANG pengawal pantai memegang papan luncur Eric Tarantino yang mempunyai kesan gigitan seekor ikan jerung di pantai Marina State, California kelmarin.


MONTEREY, California - Seekor ikan jerung yang menyerang seorang peluncur ombak kelmarin di sebuah pantai di California, menggigitnya di leher dan lengan kanannya sebelum dia dihantar ke sebuah hospital.

Menurut akhbar Monterey Herald, si mangsa, Eric Tarantino, 27, diserang pada pukul 7 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas dia dan rakan-rakannya berada di laut di pantai Marina State.

Laporan akhbar itu menyatakan terdapat kesan gigitan ikan jerung tersebut pada papan luncurnya yang berwarna merah.

Rakan Tarantino, Brandon McKibben membantunya keluar dari laut.

Beberapa peluncur lain menggunakkan tuala untuk menghentikan pendarahan yang dialami Tarantino.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: