Monday, October 31, 2011

Sasaran 1,000 premis tercapai


LEBIH ramai orang dapat menikmati sajian serendah RM2 apabila kedai menu rakyat 1Malaysia diperluaskan ke seluruh negara. – Gambar hiasan


BERA – Usaha meringankan beban rakyat dengan mewujudkan 1,000 Kedai Menu 1Malaysia (KM1M) sehingga hujung tahun ini sudah mencapai sasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,050 buah kedai telah terlibat dalam program KM1M sehingga kini.

“Kita bukan sahaja sudah melepasi sasaran itu (1,000 premis), malah sambutan daripada para peniaga juga menggalakkan.

“Sehingga bulan ini, terdapat 1,050 kedai menyertai kempen KM1M dan kita menjangkakan jumlah berkenaan meningkat kepada 1,200 kedai pada hujung tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan majlis penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Felda Rentam dekat sini semalam.

Program yang bermula Julai lalu itu membolehkan rakyat menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari berharga RM4 di premis-premis yang menyertai KM1M.

Ismail Sabri berpuas hati dengan sokongan yang diberikan para peniaga dalam usaha membantu kerajaan meringankan beban rakyat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: