Wednesday, October 5, 2011

Zizan ke layar antarabangsa

Zizan dan Johan saling memerlukan

Menerima pelbagai cemuhan kerana lakonannya didalam filem Hantu Boncengnya yang lalu, ternyata itu bukan alasan kuat untuk lelaki berasal dari Terengganu ini untuk merajuk daripada industry hiburan.

Menganggap apa yang terjadi sebelum ini sebagai satu pendidikan yang berharga dalam kamus kerjayanya, Zizan kini mengorak langkah satu tapak kehadapan dengan membawa jenama dirinya ke mata antarabangsa.

Bekerjasama dengan produksi Jepun, Sedic Entertainment, Zizan baru sahaja selesai penggambaran filem yang melibatkan tiga Negara iaitu Jepun, China dan Malaysia.

Satu peluang baru yang diterimanya, jelas Zizan mereka mengenali dirinya selepas menonton filem KL Gengster yang lalu.

“Ini pengalaman baru dalam hidup saya yang mana saya sendiri tidak sangka akan di undang untuk melakonkan filem ini dan bergandingan dengan pelakon popular Jepun, Kitano Kie.

“Dalam filem itu, saya memegang watak Cikgu Rahman, iaitu rakan baik kepada Kitano Kie (pelakon jepun), saya masih membawakan watak komedi, tetapi ia lebih kepada komedi situasi.

“Memang banyak perkara baru yang saya belajar selepas bekerjasama dengan produksi jepun ni, mereka lebih berdisiplin dan pantas dalam membuat kerja,”jelas Zizan.

Menurut Zizan juga, filem yang masih belum diketahui tajuk sebenarnya itu akan ditayangkan di tiga buah negara iaitu Jepun, China dan Malaysia.

Rindu Johan

Bakal bergandingan dengan Johan untuk kali kelima di dalam program Raja Lawak, jelas Zizan, dia rindu untuk bekerjasama dengan Johan untuk program ini.

“Walaupun banyak khabar angin yang mengatakan kami bergaduh dan tidak lagi rapat, tapi sebenarnya hubungan kami berdua baik-baik sahaja.

“Bergaduh sewaktu melahirkan idea itu perkara biasa, tapi bergaduh bermasam muka, tidak pernah.

“Saya rindu bekerjasama dengan Johan, pada saya dia adalah orang yang paling serasi dengan saya. Bila disuruh berlakon ataupun bergandingan dengan Johan, saya rasa itu bonus buat saya kerana keserasian itu sudah lama ada, jadi bila bersama kami sudah faham apa yang perlu kami lakukan,”jelas Zizan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: