Amita Marie Young atau lebih dikenal dengan Tata Young, penyanyi yang berasal dari Bangkok dilahirkan pada 14 Disember 1980, merupakan anak kacukan Amerika dan Thailand.
Dia memulakan kariernya sebagai penyanyi pada usia yang sangat muda dan pernah memenangi Anugerah Thailand Junior Singer pada 1993, ketika berusia 11 tahun.
Melalui kejayaannya itu, bakatnya mula menyerlah dan digilap sehingga berjaya menghasilkan album pertamanya Amita Tata Young dalam bahasa Thailand dan turut dipromosikan pada 1995.
Hanya dalam masa lima bulan, albumnya mampu terjual sebanyak 1 juta salinan, sekali gus mendapat penghargaan Favorite Singer, Best Album dan Best Music Video dalam Vote Awards 1995.
Selang dua tahun selepas itu, Tata Young melancarkan album keduanya, Amazing Tata, yang memecahkan rekod jualan berbanding album penyanyi lain.
Malah, boleh dikatakan tahun 1997 adalah tahun paling bertuah buatnya kerana mendapat satu lagi penghargaan daripada Golden Pikkanes God Award bagi kategori Penyanyi Pop Remaja Popular.
Bidang lakonan gagal lonjak nama
Setelah menyerlah dalam dunia nyanyian, Tata Young turut mencuba nasib dalam bidang lakonan bagi mempertaruhkan bakatnya pada tahun yang sama.
Pertaruhan bakatnya dalam bidang baru itu bermula dengan pembabitannya dalan filem The Red Bike Story, O-Negatif dan Plai Tein.
Dengan kecantikan dan bakat yang dimiliki, banyak pengarah dan penerbit mendapatkannya sebagai heroin dalam karya mereka.
Tata Young turut diberi kepercayaan untuk membuat rakaman muzik dalam sebuah filem Bollywood, Dhoom.
Namun, tumpuannya tidak kekal dalam lakonan apabila kembali aktif bernyanyi dan menghasilkan album ketiga, Self Tittle Tata Young (2001) dan keempat, Relity (2003).
Tidak mahu hanya dikenali di Thailand, Tata Young mula melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa untuk album I Believe It. Hit dalam album tersebut, Sexy Naughty Bitchy Me nyata berjaya melonjakkan lagi nama Tata Young ketika itu.
Malah, single tersebut turut menduduki tangga juara dalam carta-carta lagu di beberapa negara seperti Hong Kong, Jepun dan Indonesia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: