|
|
KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Neelofa Mohd. Noor, 23, yang dipilih untuk menjadi hos program Nona terbitan TV3 tahun hadapan mahu menjadikan rancangan itu sebagai detik permulaan untuk beliau mengembangkan bakat dan peluang dalam bidang pengacaraan.
Anak ketiga daripada sembilan beradik yang lebih disenangi dengan panggilan Love itu memberitahu, beliau sungguh terkejut apabila ditawarkan oleh pihak TV3 untuk menjadi pengacara dalam rancangan popular seperti Nona.
Katanya, dia tidak menyangka akan terpilih memandangkan dirinya masih baharu dalam persada hiburan tanah air.
“Saya mendapat tawaran ini bulan lepas dengan misi menyuntik pembaharuan dalam Nona agar ia lebih segar.
“Bagi saya, ini peluang keemasan yang sukar dirasai oleh ramai orang dan saya menyatakan komitmen untuk melakukan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi malam kelmarin.
WAHAI TV3... CARIK LA FORMULA YANG PALING BERKESAN UNTUK KEMBALIKAN NONA... NO NA SKANG TAK BEST MCM NONA DULU... SKANG LEBIH-LEBIH PUN PADA FESYENNYA... DAN CITER KAWIN YANG BELANJA SATU SATU MAJLIS RATUSAN RIBU... MCM KAMI ORG SEDERHANA X PERLU TU SEMUA...... MENYEDIHKAN NONA SKANG NI..... KESALAHAN BUKAN PADA PENGACARA SHJ.... TAPI ISI KANDUNGAN JUGA... YANG NTAH APAAPA NTAH....
ReplyDelete