
Pengerusi bersama dana Modal Sains Hayat Malaysia, Dr Roger Wyse berkata, subsektor terbabit menawarkan potensi tinggi dan berisiko tinggi.
“Oleh itu, Malaysia perlu menarik modal teroka untuk membiayai syarikat atau perniagaan permulaan.
“Malaysia boleh mengguna pakai, menyepadu dan mengkomersialkan inovasi global di mana ia mempunyai kelebihan pasaran saingan mampan, sebagai contoh dalam bidang biomass,” katanya.
Wyse berkata, Malaysia wajar membangunkan industri kimia boleh baru bagi menghasilkan “sisa kepada kekayaan”, sebagai contoh, meningkatkan produktiviti sawit, mengubah biomass kepada gula, mengubah gula kepada pengantara bernilai tinggi, dan mengubah pengantara kepada produk mesra alam.
“Terdapat permintaan besar untuk produk yang dihasilkan daripada stok suapan boleh baharu dan biomass merupakan stok suapan boleh baharu yang penting pada masa depan.
“Malaysia mempunyai pasaran dan kelebihan saingan. Yang tidak dimiliki Malaysia adalah teknologi,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan teknologi dibangunkan di Eropah dan Amerika Syarikat, dan kebanyakan syarikat di negara-negara ini mencari akses kepada modal dan biomass.
“Wujud jajaran peluang bersesuaian untuk menarik mereka ke Malaysia dan menjalin usaha sama syarikat perladangan tempatan untuk mengubah biomass sebagai kimia dan bahan bernilai bernilai tambah tinggi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: