Friday, October 28, 2011

Penulis blog menang anugerah APICTA

Penulis blog, Muhammad Hafiz Ismail memenangi Anugerah Terbaik Perdana Menteri di Anugerah MSC Malaysia Asia-Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2011, menerusi blognya, Life Through My Eyes (www.apistakkisah.blogspot.com).

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia adalah penganjur bersama anugerah tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, MSC Malaysia dan MDeC berkata, Muhammad Hafiz menewaskan hampir 250 pencalonan lain.

:Menurut kenyataan itu, 246 syarikat tempatan, individu dan pelajar menghantar penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) buatan Malaysia mereka untuk bersaing dalam 19 kategori dan 35 pencalonan dipilih sebagai sama ada pemenang atau merit dalam kategori masing-masing.

Antara pemenang ialah E-Kerajaan Terbaik (IRIS AXESS P5000), IRIS Corp Bhd; Keselamatan Terbaik (Secure Token ST3), SecureMetric Technology Sdn Bhd; Aplikasi Kewangan terbaik (Digital Transaction Banker), eBworx Bhd; Syarikat Baru Terbaik,Open Dynamics Sdn Bhd; dan Projek Perisian/Perkakasan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Terbaik (Health3).

Menurut kenyataan itu, barisan pemenang akan bersaing di peringkat antarabangsa di Anugerah International APICTA di Pattaya, Thailand, lewat tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: