Sunday, October 23, 2011

Siri TVB Hits kembali di TV2

Kerinduan peminat menantikan tayangan drama bersiri Hong Kong bakal terubat, apabila Slot TVB Hits kembali disiarkan menerusi TV2 menggantikan slot Golden Pheonix.

Disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang, drama bersiri berjudul At Home With Love akan menemui penonton bermula 27 Oktober ini dengan 20 episod.

Menampilkan pelakon, Lawrence Ng, Yoyo Mung, Chung King Fai, Raymond Cho, Carlo Ng, Hui Shiu Hung dan Tong Sze Wing, drama ini mengetengahkan kisah percintaan dunia koperat.

Kisah bermula apabila Chung Chi-Leung mengambil alih pimpinan syarikat agensi hartanah milik keluarga setelah bapanya, Chung Bong mengambil keputusan untuk bersara.

Atas cadangan rakannya, Bong, Chi-Leunga menawarkan Tsu Chi-Ling jawatan Broker Harta Tanah di agensi harta milik Leung.

Daripada sekadar hubungan antara majikan dan pekerja, hubungan mereka semakin erat hingga terbitlah bibit-bibit cinta.

Satu hari, tiba-tiba Ling telah membuat keputusan meninggalkan syarikat Leung demi wang dan menjadi pesaing besar

Lalu bagaimana Leung berdepan dan bersaing dengan kekasihnya yang bertukar menjadi pesaingnya itu? Kesudahannya akan diperoleh apabila anda meluangkan masa menyaksikan drama menarik ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: