
Turur hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Finas, Fatimah Ahmad bersama beberapa artis terkenal seperti Iqram Dinzly, Dottie, Fizo Omar, Fida, Maulana AF, Ekin AF, Adi dan Ila (Mentor), Zarina dan Elly Raja Lawak, Jaslin Puasa, Karl Shafek, Gambit dan ramai lagi.
Lebih istimewa, 18 penduduk kampung Banghuris menerima anak angkat yang terdiri daripada kalangan selebriti dan pegawai BTN bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ceramah 1Malaysia yang disampaikan oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail, pameran, klinik bergerak serta konvoi motosikal bersama penduduk kampung, melawat kilang IKS, jamuan raya, rewang sekampung, tazkirah dan solat berjemaah, menanam pokok peringatan dan bengkel solekan kesan khas.
Pada sebelah malam pula, program dimeriahkan lagi dengan aktiviti wayang pacak (filem Hantu Bonceng) oleh Finas, karaoke bersama artis, dan sembang kedai kopi.
Dua buah MPV Exora disediakan untuk klinik bergerak atau ‘mobile clinic’ oleh Puteri UMNO turut tidak ketinggalan menyertai program tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: