
Menurut Pengarah Urusan ZGB Media, Zohara Gany Mhd Bathusha, Inilah adalah program hiburan yang berkonsepkan konsert mini akan disiarkan sebanyak 13 episod dengan durasi selama 30 minit setiap minggu dengan menampilkan penyanyi yang pernah mencipta fenomena sendiri di suatu ketika dulu.
“Rakaman konsert yang dijayakan di studio NTV7 mengambil masa dua minggu untuk proses suntingan iaitu dari 21 hingga 26 Mac.
“Dalam rancangan ini, tiada pengacara namun penyanyi tersebut akan mengacarakan konsert tersebut dengan kreativiti yang tersendiri.
“Setiap artis akan mendendangkan enam hingga lapan lagu dan ada di antara lagu akan didendangkan secara medley kerana masa yang diberikan amat terhad iaitu 30 minit sahaja,” katanya yang mengharapkan sambutan daripada peminat.
Seramai 13 artis popular dari pelbagai era yang ditampilkan seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Latif Ibrahim, Ning Baizura, Malik Ridzuan, Zur Eda, Uji Rashid & Hail Amir, Jay Jay, Francesca Peters, Aris Ariwatan, Adibah Noor, Zamani, Azlina & Liza Aziz dan Tomok.
Malah, terdapat dua episod yang menampilkan pasangan duet, iaitu pasangan adik beradik, Azlina dan Liza Aziz, serta pasangan duet popular era 70an dan 80an, Hail Amir dan Uji Rashid.
Tambahnya lagi, artis yang terpilih merangkumi pelbagai genre muzik serta daripada pelbagai peringkat usia. Malah dalam barisan 13 artis popular yang terpilih, penyanyi Tomok merupakan penyanyi paling muda yang dipilih untuk mewarnai Inilah...
“Kami memilih Tomok sebagai satu-satunya artis muda kerana dia merupakan artis yang membuat kemunculan semula selepas popular dengan Newboyz.
“Penyanyi-penyanyi berkenaan akan diiringi oleh kumpulan pemuzik yang menamakan diri mereka Chobib’s Project,” katanya.
Kumpulan ini dipimpin oleh Mohd Yusoff Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Chobib di kalangan pemuzik. Selain bermain gitar, Chobib juga bertindak sebagai pengarah muzik.
Anggota Chobib’s Project yang lain ialah Yee Ah Kean (bes), Halizor Hussein (bes), Azizi Abdul Rahman (piano), Rozario Gulam Rasul (piano), Ahmad Johan Shamsudin (keyboard), Mohammad Rizad Mohd Kasim (drum) dan Redhuan Daud (gitar kedua).
Inilah diarahkan oleh Nik Ramzi Nik Hassan yang dibantu oleh Rabi’atul Adawiyah Khairul Azam dan Siti Shafizah Shahrani sementara Zohara bertindak sebagai penerbit eksekutif.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: