Monday, October 3, 2011

Rumah Terbuka Media Hiburan

Sempena menutup tirai Syawal pada tahun ini, majalah Media Hiburan di bawah terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd mengadakan rumah terbuka di Auditorium syarikat itu.

Majlis yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu, dihadiri hampir 200 tetamu hadir merangkumi golongan artis, pembaca bertuah dan pengurus artis.

Antara artis yang hadir ialah Neelofa, Dr Fazley Yaakob, Ainul Aisyah, Alif Satar, Azwan Ali, Chomel Fana, Diana Amir, Ifa Raziah, Yatt Hamzah, Shila Amzah, Siti Nordiana, One Nation Emcee, Marsha dan ramai lagi.

Majlis yang ditaja oleh EVE ini diadakan untuk merapatkan silaturahim dan berkenalan dengan lebih dekat lagi antara pembaca dengan artis dan Media Hiburan.

Melalui majlis seperti ini, pembaca dapat beramah mesra dan bertanya perkembangan terbaru artis kesayangan mereka yang hadir. Malah, beberapa artis seperti Fida, Haiza, Erni dan Fazli Zainal telah membuat persembahan menerusi sesi karaoke bersama pembaca.

Terdapat beberapa menu yang dihidangkan kepada tetamu seperti nasi beriani, lontong, soto, mee rebus dan juga pelbagai jenis pencuci mulut. Menu istimewa yang dibawa khas oleh Pak Engku (Kuzi Katering) ialah apam balik.

Editor Media Hiburan, Cik Meen juga turut membuat pengumuman Top 5, Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH), yang bakal diadakan pada awal tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: