Thursday, October 27, 2011

Pengusaha hotel perlu berfikir luar kebiasaan



Hotel-hotel perlu berfikir luar daripada kebiasaan untuk mengekalkan pekerja.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia Bahagian Kuala Lumpur, Syed Nazri Syed Kamaruzaman berkata, pekerja yang mempunyai banyak pengalaman cenderung untuk meninggalkan hotel kerana mereka mula mendapat pengiktirafan daripada hotel-hotel lain dengan tawaran yang lebih baik.

“Ini adalah masalah yang dihadapi industri hotel dan untuk menanganinya, kami mengenal pasti pekerja yang mempunyai potensi dalam bahagian tertentu dan mereka yang akan kekal dengan kami untuk tempoh yang lama.

“Kami melayan mereka dengan baik dengan memberikan mereka latihan di luar negara agar mereka boleh menambah baik kemahiran tertentu mereka,” katanya pada majlis penghargaan kakitangan Ancasa Hotel, di Kuala Lumpur.

Ancasa Hotel and Spa Kuala Lumpur dibangunkan oleh UDA Holdings Bhd.

Syed Nazri, yang juga pengurus besar kanan UDA Leisure dan UDA Mall Division, berkata Ancasa Hotel ketika ini menumpukan kepada pembuatan coklat dan roti untuk mempromosikan lagi namanya.

Chef hotel itu, Hassukri Harun memenangi tempat pertama dalam pertandingan ukiran coklat di Hari Koko dan Coklat Malaysia kedua pada 7 Oktober lalu yang dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia.

Ukiran coklat naga telah berjaya meletakkannya mengatasi 15 chef lain daripada hotel terkemuka negara termasuk Shangri-La Hotel dan Istana Hotel, yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: