Monday, October 3, 2011

Natalie ketepi glamor

pix_middle

PADA 2004, dia telah dipilih sebagai wanita paling cantik. Tapi, seperti wanita lain, Natalie Imbruglia terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan bentuk badannya yang cantik.

Jelitawan dari Australia ini dilihat sedang bersenam di bawah pengawasan jurulatih peribadinya di Los Angeles.

  • Foto

    NATALIE...termengah dan berpeluh ketika melakukan senaman atas pengawasan jurulatih peribadi di Los Angeles.

  • Foto

    TIADA MASA UNTUK GLAMOR... Natalie membawa sendiri tikar yoganya untuk sesi senaman.

  • Foto

    KELIHATAN bersungguh-�sungguh, mengangkat kakinya dan menendang pad penumbuk jurulatihnya menggunakan lutut.

Natalie, 36, kelihatan termengah-mengah dan berpeluh ketika mengangkat pemberat lapan kilogram untuk melakukan senaman kaki, bertinju dengan jurulatihnya dan senaman menguatkan otot tangan.

Penyanyi dan pelakon itu hanya mengenakan kemeja- T yang selesa dan seluar

sukan tanpa secalit mekap di wajahnya.

Malah, tiada pembantu yang membawakan barang-barang yang diperlukan - Natalie
dilihat mengangkat sendiri tikar yoganya untuk sesi senaman itu.

Natalie sedang mencipta lagu di LA untuk album kelimanya yang dijadual dipasarkan, tahun depan.

Dia juga merupakan jurucakap untuk kempen ‘Mengakhiri Masalah Fistula’ oleh PBB.

Fistula obstetrik adalah lubang di dalam saluran peranakan yang mengembang ketika mengalami masalah melahirkan anak dan boleh mengakibatkan bayi mati. Masalah ini sering berlaku di negara miskin dan mengakibatkan wanita yang menderita sakit ini, dipulaukan.

Masalah ini boleh dielakkan dan diubati tetapi wanita yang miskin tidak mampu menjalani pembedahan itu.

“Saya memang sangat berminat dengan masalah ini,” kata Natalie kepada AFP, minggu lepas.

“Saya memang berhasrat untuk meneruskan usaha kreatif saya. Sekarang ini saya sedang menulis lagu di Los Angeles dan melakukan beberapa projek yang lain.

“Tapi yang lebih penting lagi, kami sedang merancang untuk ke Afrika atau ke India dan ke tempat yang lain juga.”

Natalie berminat dengan kempen itu pada 2005 apabila rakannya Richard Branson mendesaknya untuk menggunakan popularitinya itu dengan melakukan aktiviti amal.

“Sebagai seorang wanita, saya memang tertarik dengan kempen ini, apatah lagi mereka tidak punya sesiapa untuk membantu mengetengahkan masalah itu.”

Ketua Dana Penduduk PBB, Babatunde Osotimehin baru-baru ini memuji Natalie “sebagai seorang luar biasa yang cuba menghentikan masalah melahirkan anak yang dahsyat ini.”

“Dia mengembara di serata dunia dan usahanya untuk mengutip derma membantu pusat pemulihan dan latihan untuk pendidik komuniti adalah penting untuk membantu menaikkan taraf kesihatan yang diperlukan oleh wanita dan gadis di sana.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: