Friday, October 14, 2011

Mya teruja main salji

Penyanyi Mya sudah lama impikan bermain salji. Bukannya tak pernah ke luar negara, tapi dia belum berpeluang cuti pada musim sejuk. Baru-baru ini Mya berpeluang ke Kashmir yang sudah mula masuk musim sejuk.

Kebetulan sehari sebelum menjejakkan kaki ke Kashmir, salji mula turun di puncak pergunungan Himalaya. Pergunungan Gulmarg di Kashmir juga mula dituruni salji. Ia membuatkan Mya sangat teruja bermain salji.

Tak kisah kesejukan di puncak gunung.

Mya mengikuti rombongan percutian tajaan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. (JMD) bercuti selama lapan hari di beberapa negeri di India iatu Srinagar (Kashmir), Delhi, Jaipur dan Agra. Turut bersama Jaafar Onn dan beberapa stokis syarikat pengedar herba tradisional terkenal itu.

"Saya tak lepaskan peluang bila dapat tahu salji mula turun di puncak pergunungan itu. Walaupun kesejukan sebab kami tidak menyediakan pakaian khusus musim sejuk, tapi saya tetap bergolek main salji," kata Mya kepada wartawan Mangga Online yang juga menyertai percutian itu.

Mya juga teruja melihat keindahan Taj Mahal di Agra yang didirikan sebagai tanda cinta Shah Jehan kepada isteri jelitanya, Mumtaz Mahal.

"Kalau diikutkan mahu saja saya tunggu di sana sehingga malam untuk melihat keindahannya yang bertukar warna mengikut cuaca dan warna persekitaran. Tapi program kami hanya memperuntukkan sebelah siang sahaja merakam gambar di situ," jelas Mya.

Mya dan Jaafar Onn dibawa sebagai rakaman terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada pengeluar itu dalam program-program yang mereka aturkan. JMD banyak menjalankan aktiviti yang melibatkan artis tanah air.

"Mereka sering memberi kerjasama kepada program yang kami jalankan. Mereka juga turut mempromosikan produk keluaran kami dalam program yang mereka kendalikan. Selain mereka ramai lagi artis yang sering memberi kerjasama kepada kami.

"Mungkin pada masan lain, kami akan meraikan artis yang lain pula," kata Pengarah Urusan JMD, S. M. Gadaffi Syed Ali yang turut bersama-sama dalam percutian tersebut. Pengasasnya Halimah Shuib juga turut bersama-sama meraikan beberapa stokis terpilih.

Riangnya dia...

Maya bijak tawar-menawar

Rombongan bergambar di depan Taj Mahal, Agra.

Di taman popular Nishat Garden, Kashmir

Kalau ke luar negara, pasti tak sah bila tak membeli belah sebagai buah tan

gan untuk rakan dan saudara di Malaysia. Mya juga tak kurang kuatnya membeli-belah.

Kalau tak bijak tawar-menawar akan terbeli barang dengan harga yang lebi

h mahal daripada harga pasaran. Nampaknya Mya

bijak dalam bab tawar-menawar. Biasalah... kalau pelancong asing ke sesebuiah negara, harga yang diletakkan jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

"Saya akan tawar kaw-kaw punya. Kalau mudah berpuas hati dengan harga yang dil

etakkan, kita akan terbeli. Saya tak tunjukkan yang saya sangat berminat dengan barang yang ditawarkan, sebab kalau kita beriya-iya tunjukkan minat, penjual akan tetap dengan harga tinggi yang diletakkan," kata Mya lagi.

Mya juga disangka gadis India sebab wajahnya dilihat ada persis wanita dari sana.

Ada yang menegurnya dengan menggunakan bahasa HIndi sebab menyangka dia berasal dari sana. Malah ada yang menyangka Mya masih anak sekolahan.

"Lelaki Kashmir juga kelihatan pelik bila melihat wanita tampil dengan gaya santai sebab anak dara mereka macam `dikurung' oleh keluarga. Memang jarang kita lihat anak dara mereka keluar rumah," kata Mya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: