Friday, October 14, 2011

Ceroboh tanah

KESAL...Nasir Ismail (kiri) bersama  pekerjanya, Ahmad Khushairi Hapidz menunjukkan kawasan tanahnya yang diceroboh.
KESAL...Nasir Ismail (kiri) bersama pekerjanya, Ahmad Khushairi Hapidz menunjukkan kawasan tanahnya yang diceroboh.
CEROBOH....Nasir (kanan) menunjukkan kawasan tanahnya yang diceroboh pemaju terbabit.
CEROBOH....Nasir (kanan) menunjukkan kawasan tanahnya yang diceroboh pemaju terbabit.

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pemaju perumahan di sini didakwa menceroboh sempadan tanah pemilik lain bagi membina jalan raya, longkang dan bahu jalan dalam projek perumahan di Sungai Long, Hulu Langat, tanpa meminta keizinan pemilik.

Malah, pemaju terbabit turut didakwa memberi pelan tanah diceroboh seolah-olah tanah itu miliknya bagi memudahkan proses kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.


Lebih mencurigakan tanah diceroboh itu berstatus tanah pertanian dan mengikut undang-undang tidak boleh dibina projek pembangunan.

Pemilik tanah berkenaan, Nasir Ismail, berkata dia terkejut ketika melawat kawasan tanahnya apabila mendapati pemaju terbabit mengambil sebahagian tanahnya untuk membina longkang dan jalan raya tanpa meminta keizinannya.


Menurutnya, lebih pelik, dia tidak tahu bagaimana perkara itu terjadi dan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sedangkan ia bercanggah dan menyalahi undang-undang.


“Lebih dikesalkan pemaju terbabit langsung tidak datang berjumpa saya berbincang perkara ini sebaliknya menceroboh tanah bernilai jutaan ringgit bagi memenuhi syarat projek perumahan.

“Jika diikutkan, tanah dimiliki pemaju terbabit tidak mencukupi dan dia memerlukan sebahagian tanah saya bagi membolehkan projek perumahan itu mendapat kelulusan dan sebab itu dia mengambil tindakan terbabit,” katanya ketika hadir ke pejabat Harian Metro.


Nasir berkata, dia sudah beberapa kali ke MPKJ untuk membuat aduan dan mencari penyelesaian berhubung pencerobohan terbabit, namun menemui jalan buntu.

“Malah, pada 27 Julai lalu saya berjumpa Yang Dipertua MPKJ, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman untuk berbincang perkara ini, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.


“Projek perumahan terbabit hampir siap dan tanah saya yang dibeli enam tahun lalu menjadi mangsa apabila dibina longkang, jalan raya dan bahu jalan,” katanya.


Beliau berkata, runsing memikirkan nasibnya apabila orang lain mudah mengaut keuntungan di atas tanah miliknya dia membuat laporan di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.


“Saya ingin penjelasan pihak terbabit bagaimana projek perumahan itu diluluskan sedangkan terdapat pencerobohan tanah.


“Tanah yang diceroboh itu 4.5 meter lebar dan 30.5 meter yang diambil lelaki terbabit untuk memenuhi standard kelulusan projek kerana tanah miliknya tidak mencukupi,” katanya.


Menurutnya, beliau berharap perkara itu diselesaikan secepat mungkin dan tidak mahu menanggung kerugian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: