
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pihaknya amat gembira kerajaan terus memberikan keutamaan bagi pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan kewangan.
“Belanjawan 2012 tidak terkecuali memandangkan pemberian beberapa insentif cukai bagi penubuhan pusat perkhidmatan pengurusan perbendaharaan, penerbitan dan urus niaga sukuk, skim persaraan swasta, dana dagangan bursa, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia dan pembangunan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya.
Abdul Wahid, yang juga Pengerusi Persatuan Bank-Bank di Malaysia berkata, Belanjawan 2012 paling menyeluruh dan mencerminkan usaha kerajaan mencari keseimbangan dalam menangani su rakyat, kitaran dan struktur.
Beliau berkata, industri perbankan berterima kasih bagi insentif cukai untuk syarikat yang menyediakan program latihan berstruktur dan biasiswa serta menyertai pameran kerjaya luar negara.
“Ini kerana pembangunan modal insan dan usaha menarik dan mengekalkan tenaga kerja adalah isu utama dihadapi sektor perkhidmatan perbankan/kewangan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: