
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, usaha itu direka untuk membantu EKS merangsang dan memacu pertumbuhan ekonomi dengan memudahkan EKS mendapat akses kepada kredit.
“Pembiayaan RM3.2 bilion IBM bagi EKS direka untuk menghapuskan banyak hala-ngan kos yang dihadapi mereka bagi mengembangkan perniagaan masing-masing. IBM akan menawarkan penyelesaian pembiayaan yang mudah, yang sesetengahnya serendah sifar peratus bagi tempoh 12 bulan tanpa pendahuluan,” katanya.
Menurutnya, pembiayaan itu akan disediakan bagi pelanggan EKS di Malaysia melalui rakan perniagaan IBM yang boleh menerima manfaat dari alatan pembiayaan online bagi menjana cadangan harga dan mendapatkan kelulusan bagi permohonan kredit bagi para pelanggan EKS dalam tempoh kurang sehari.
Sementara itu, IBM juga sedang melancarkan set penyelesaian komprehensif yang baru, yang termasuk sistem yang mengoptimumkan bebanan kerja, yang menyatukan perkakasan dan perisian dan perkhidmatan yang direka khusus bagi menangani keperluan utama EKS.
“Kami bermatlamat membantu segmen ini dengan menjadikan teknologi canggih ini, yang dahulunya dikhususkan bagi enterpris besar, tersedia kepada EKS melalui Rakan Perniagaan IBM pada harga termampu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: