
Syarikat pengeluar kerata itu berkata, Interbrand menghitung nilai jenama Hyundai pada AS$6 bilion, kenaikan 19.3 peratus berbanding 2010, yang paling utama di kalangan semua pengeluar auto di senarai sebagai 10 terbaik.
“Hyundai unggul dalam kalangan industri automotif yang mencatatkan prestasi kukuh semasa tempoh agak lemah bagi kebanyakan 100 Jenama Global Terbaik.
“Purata kadar pertumbuhan 11 jenama automotif yang termasuk dalam 100 jenama terbaik ialah 8.1 peratus manakala purata kadar pertumbuhan semua 100 Jenama Global Terbaik hanya 2.6 peratus berbanding 2010,” katanya dalam satu kenyataan.
Pertumbuhan nilai jenama Hyundai mengatasi pesaing utama seperti, Volkswagen, yang berkembang 14 peratus dan Audi, yang naik 13 peratus.
Senarai rangking Interbrand dikira menggunakan lembaran imbangan kewangan syarikat digabung dengan aktiviti pemasaran manakala pada masa yang sama juga mencerminkan keuntungan potensi setiap jenama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: