Penyanyi Lann (A To Z) atau nama sebenarnya Norazlan Abdul Aziz memilih tarikh 11 November 2011 (11/11/11) untuk menamatkan status dudanya. Pilihannya seorang anak dara yang 16 tahun lebih muda. Lann, 42, memilih Siti Nur Ain Daut, 24, yang dikenali sejak tiga tahun lalu sebagai suri hidupnya setelah rumah tangganya runtuh dan melalui episod hangat apabila berlaku perselisihan pendapat di antaranya dan bekas isteri pasal penjagaan anak. Selain keistimewaan tarikhnya (11/11/11), tarikh itu juga sebenarnya hari ulang tahun kelahiran Ain. Itulah alasan mereka memilih tanggal tersebut untuk memeterai ikatan janji berumah tangga. "Saya dan Ain dan tiga tahun berkawan... tapi memang saya tak mahu menguar-uarkannya. Sekarang segala perkara sudah selesai dan kami akan bernikah, jadi saya sedia memberitahu semua orang," kata Lann ketika datang ke pejabat Utusan Karya Sdn. Bhd. untuk menghantar sendiri kad undangannya Mereka akan bersanding pada keesokan harinya di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia, Bandar Baru Rawang. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Lan dan bakal isteri yang tiada kena mengena dengan dunia seni. Memandangkan majlis kedua-dua belah pihak dibuat serentak, mereka akan membahagikan acara kepada tiga bahagian bermula makan tengah hari sebagai acara pertama. Pada acara itu pengantin akan diarak menggunakan kereta kuda dengan alunan kompang, pencak silat dan pengirng berpakaian tradisonal Melayu. Majlisnya penuh unsur tradisional kerana mereka mengambil tema Mengimbas 500 tahun Tradisi Melayu Beradat. Majlis bersanding juga dihiasi acara tepung tawar, silat dan pantun. Sesi kedua pada sebelah petang pula diadakan acara memotong kek. Mereka akan menukar persalinan untuk acara itu. Sebelah malam pula sekali lagi mereka akan bersanding. Pada majlis itu ada acara istimewa pengantin perempuan memotok kek ulang tahun. "Ada juga showcase mini kami berdua kepada tetamu sebelah malam. Ain bukanlah penyanyi, tapi dia boleh menyanyi, jadi kami adakan showcase istimewa sempena hari persandingan kami," jelas Lann keapda Mangga Online. |
Friday, October 21, 2011
Lann (A To Z) nikah 11/11/11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: