Penghijrahan yang dilakukan adalah bersandarkan kesedaran yang tercetus dalam hati kecilnya. Menolak tepi apa sahaja kata-kata sinis yang dilemparkan ke atasnya lantaran tidak percaya pada apa yang dilakukannya sekarang, pelakon muda, Diana Amir nekad untuk terus merubah penampilannya untuk tampil sopan bertudung. Biarpun ramai yang terkejut dengan perubahan itu, menurut Diana, dia mengambil keputusan ini setelah berfikir panjang dan mendapat keyakinan diri yang kuat. Baru melalui tempoh tiga minggu bertudung, Diana dikatakan kurang mendapat tawaran berlakon kerana ramai penerbit filem sukar memberikan watak yang bersesuaian dengan imej terbarunya sekarang. Menafikan tentang perkara itu, Diana berkata, masih ramai yang belum mengetahui perubahannya ini, lantas kebanyakan tawaran yang datang memerlukan dia beraksi seperti mana dirinya dahulu. “Saya baru nak bertudung dan ia mengambil masa yang lama untuk semua orang mengetahuinya, jadi masih ramai pengarah dan penerbit yang memberikan tawaran mengikut keadaan saya yang sebelum ini. “Namun setelah saya terangkan, mereka segera faham dan berjanji akan mencarikan watak yang sesuai dengan saya sekarang ini. “Sekarang saya sudah mula mendapat tawaran drama dan filem semula, saya akan menjalani penggambaran telemovie Puji-pujian, dan filem Assalamualaikum Cinta sedikit masa lagi. “Perubahan ini saya lakukan atas kerelaan hati saya sendiri, semua pihak baik keluarga ataupun rakan-rakan bersetuju dengan apa yang saya lakukan. Tiada sebab untuk saya tidak bertudung sekarang ini, bahkan pada saya, sekiranya saya menyayangi ibu bapa saya, maka saya harus membuat keputusan sebegini,”jelas Diana Buka Perniagaan Bercerita tentang perancangan masa depannya, jelas Diana dia kini sedang dalam proses buka sebuah perniagaan pakaian yang berjenamakan Diana Amir Muslimah Collections ( DAMC). “DAMC dibuat dengan kerjasama pereka fesyen terkenal, Anizam Yusuf, dia akan reka pakaian muslimah yang bersesuaian dengan fesyen anak muda sekarang ini. “Sekarang kami dalam proses perbincangan, jika tidak ada aral melintang ia akan dirasmikan pada bulan Disember nanti,”jelas Diana. |
Friday, October 21, 2011
Diana Amir Nafi Tiada Tawaran Lakonan Selepas Bertudung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: