Saturday, October 8, 2011

Konsert Search di tiga lokasi

Sebelum 2011 melabuhkan tirainya, kumpulan rock terkenal, Search bakal menemui peminat dalam siri jelajah Konsert Fenomena 30 Tahun Search.

Tiga lokasi berbeza menjadi pilihan kumpulan yang dianggotai Amy (vokalis), Kid (gitar), Nasir (bass), Nordin (gitar) dan Yazit (dram) untuk mengadakan konsert sempena 30 tahun pembabitan mereka di dalam persada muzik tempatan.

Memulakan sesi penjelajahan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November, Stadium Yunos, Larkin, Johor Baharu (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

Dalam konsert tersebut, beberapa band tempatan lain turut di undang membuat persembahan. Konsert yang bermula sekitar jam 5 petang, Search beraksi selama dua jam menghiburkan peminat setia mereka sejak tahun 80an lagi.

Peminat yang ingin menyaksikan konsert ini boleh mendapatkan tiket berharga RM59 di Pulau Pinang dan Johor Baharu, manakala tiket konsert di Kuala Lumpur berharga RM69.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: