Monday, October 10, 2011

Konsert percuma Rain

Nampaknya keputusan penyanyi terkenal, Rain untuk menjadi anggota tentera Korea memberi tamparan hebat kepada peminat yang enggan menerima pemergiannya dalam bidang seni.

Justeru, Rain mengumumkan akan mengadakan konsert percuma untuk peminatnya di Gangnam Hallyu Festival bagi menggembirakan mereka sebelum menjalankan tugas negara.

“Saya sangat gembira kerana berpeluang menemui peminat sebelum menjadi tentera, saya sangat berterima kasih kerana mereka menyokong saya selama ini dan saya sayangkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Rain dalam laman sosial Twitter turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Souel City yang sanggup menutup jalan bagi konsert jalanan yang pertama kali diadakannya di sana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: