Sunday, October 9, 2011

Kongsi aspek kecantikan sebenar

SEHALUAN...pasangan suami isteri, Dr Syid Ayob dan Kartika Wati pertaruhkan kerja kuat dan kualiti produk.
SEHALUAN...pasangan suami isteri, Dr Syid Ayob dan Kartika Wati pertaruhkan kerja kuat dan kualiti produk.

SELAMA ini, pengasas atau perintis di bidang kecantikan lebih dimonopoli golongan Hawa. Iltizam tinggi dan ingin melihat golongan wanita sentiasa berpenampilan menarik dan muda adalah inspirasi lelaki kerana mereka suka seni kecantikan dimiliki golongan berkenaan.

Keadaan itu membuatkan lelaki yang juga doktor perubatan ini terpanggil memanfaatkan kepakaran dalam bidang yang sinonim dengan wanita untuk mengasaskan produk berkaitan kosmetik, makanan dan minuman kesihatan untuk menepati aspirasi kecantikan pada 2009.

  • Foto

    KOMITED...suasana kerja di pejabat Eskayvie.

  • Foto

Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, 46, graduan lulusan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dalam bidang perubatan berpengalaman luas sebagai pegawai perubatan dan pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang serta Hospital Kangar, Perlis.

Beliau juga memiliki klinik persendirian serta turut berkhidmat di rangkaian klinik swasta ternama, namun akhirnya membuat keputusan berani untuk berkongsi aspek kecantikan sebenar.


Mempertaruhkan kepakaran dalam perubatan moden, Dr Syid Ayob turut terbabit dalam kajian dan penyelidikan perubatan lebih 15 tahun, di samping sering memberi khidmat nasihat berkaitan rawatan alternatif dalam pelbagai media tempatan menambah keyakinannya untuk terus memantapkan perniagaan.


Kolaborasi bersama isteri tercinta, Kartika Wati Mohamed, 41, pasangan ini merintis produk berbentuk suplemen antipenuaan menerusi syarikat Eskayvie Sdn Bhd.

“Kebanyakan produk kami diolah menggunakan dos terapeutik yang tepat,
selamat serta memberikan kesan lebih cepat kepada pengguna.

“Manakala rumusannya bukan hanya untuk golongan wanita tetapi lelaki juga boleh memanfaatkannya kerana dalam kehidupan moden kini, lelaki juga mahukan penampilan kulit sihat dan menarik. Kami turut menyediakan produk untuk mereka yang bakal mengerjakan haji dan umrah,” katanya.

Menurut doktor yang dilahirkan di Gombak, Selangor ini, kehidupan mencabar
masa kini menuntut semua orang menjaga kesihatan walaupun sesibuk mana diri mereka.

Pada masa sama, katanya, isteri juga meminati dunia kecantikan, bahkan sepakat untuk bersama-sama menjayakan misi untuk berjaya dalam perniagaan yang berbeza dengan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Isterinya adalah pemilik Kartika & Co dan mempunyai beberapa cawangan syarikat guamannya, termasuk di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Shah Alam dan Kota Bharu.

“Apabila isteri mencetuskan idea untuk kami saling bersama, bidang kecantikan menyatukan kami. Saya bersandarkan kepakaran dalam bidang perubatan dan lebih tertumpu kepada aspek pemasaran, manakala isteri fokus kepada kewangan dengan mempertaruhkan kerja kuat untuk Eskayvie yang dilakar pada 2009,” katanya.

Mencungkil rahsia kejayaannya dalam perniagaan, dia tidak menafikan rasa tanggungjawab juga penting, terutama ketika mengolah produk, oleh itu dia tidak memikirkan keuntungan semata-mata.

“Saya mementingkan kualiti produk kerana jika apa yang saya pertaruhkan kepada masyarakat tidak betul daripada segi kandungan bahan, ia akan terpalit kepada saya juga akhirnya.

“Selain itu, saya harus berani mengambil risiko apabila menceburi perniagaan bersandarkan produk kecantikan yang sememangnya banyak di pasaran.

“Apapun, untuk menyelenggarakan perniagaan dalam skala lebih besar, kemantapan kewangan dan kerja gigih serta didukung produk bagus adalah faktor terpenting,” katanya.

Pun begitu, dia tidak akan meninggalkan kerjaya sebagai doktor perubatan kerana mencintai bidang itu sejak di bangku sekolah.

“Saya adalah anak kedua bongsu daripada lapan beradik dan hanya saya berjaya bergelar doktor. Yang membanggakan, untuk meraih kedudukan sebagai pakar perubatan, saya terpaksa melalui corak pembelajaran sukar, cabaran belajar
di luar negara dan terpaksa bersaing dengan bangsa asing yang tidak kurang hebatnya.

“Paling menyeronokkan, ketika belajar dulu saya satu-satunya orang Melayu dan lebih membanggakan apabila meraih gelaran pelajar cemerlang.

“Kalau sebelum ini kita selalu merendah diri dengan bangsa asing, tetapi kejayaan itu menjadi pemangkin kepada semangat untuk terus berjaya sehingga kini.

“Sebenarnya, antara belajar dan setelah memiliki kerjaya, sandaran terpenting adalah kerja gigih.

“Namun pengalaman menjadi doktor adalah yang terindah kerana ia menemukan kita dengan pelbagai ragam manusia.

“Yang tidak kurang pentingnya, tanggungjawab kepada masyarakat harus diutamakan supaya mendapat pahala untuk dunia dan akhirat,” katanya.



PROFIL

NAMA: Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri
LAHIR: 2 Disember 1965
ASAL: Gombak, Selangor
JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif, Eskayvie Sdn Bhd
AKADEMIK: Doktor Perubatan, Vrije Universiteit Brussels, Belgium
STATUS: Kahwin
ISTERI: Kartika Wati Mohamed
ANAK: Firdawina (20), Nur Farhana (18), Fatin Aimi (16), Ariff Huzaifah (14), Fatima Zahra (13), Farissa (11), Aliyya Zahra (10) dan Adam (lapan bulan)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: