Sunday, October 9, 2011

Kod etika standard antarabangsa


ISMAIL SABRI (tengah) bersama Pengerusi Kumpulan Melilea, Datuk Dr. Alan Wong (kiri) dan Presiden Eksekutif Melilea, Datin Dr. Stella Chin semasa perasmian bangunan baru Melilea di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kod Etika Jualan Langsung kini dalam proses terakhir semakan supaya setaraf dengan standard antarabangsa. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kod etika itu dijangka berkuat kuasa pada awal tahun depan selepas mendapat persetujuan daripada semua pihak termasuk Kabinet.

“Kerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan jualan langsung untuk mewujudkan kod etika jualan langsung bagi mengawal aktiviti syarikat yang terlibat dalam perniagaan seperti itu.

“Kod etika tersebut perlu diwujudkan bagi membentuk keyakinan masyarakat yang sebelum ini tidak yakin dengan aktiviti jualan langsung yang sebahagiannya banyak terlibat dengan kes-kes penipuan,” katanya selepas merasmikan bangunan baru Melilea di Bangsar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: