
SHAH ALAM – Program Pemakanan Sihat membabitkan 120 pasar raya Giant di seluruh negara akan diperluaskan ke pasar raya besar lain seperti Jusco dan Mydin pada masa depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut diharap mampu mendidik orang ramai supaya mengamalkan gaya pemakanan sihat sekali gus mengurangkan kadar penyakit kronik di negara ini.
Beliau berkata, antara penyakit kronik rakyat negara ini ialah sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis selain menghadapi masalah obesiti.
“Cara pemakanan rakyat negara kita lebih menjurus kepada daging serta lemak dan bukannya bijirin atau sayuran.
“Justeru, menerusi kempen tersebut, diharap pengunjung pasar raya terbabit dapat mengubah cara pengambilan makanan mereka supaya lebih sihat,’’ katanya ketika melancarkan program Promosi Pemakanan Sihat di Giant, Seksyen 13 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: