Sunday, October 9, 2011

Allahyarham Noramfaizul dianugerah pingat Bintang Gagah Perkasa


MOHD. KHALIL menyampaikan pingat BGP kepada Norazrina sempena Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka semalam.


MELAKA – Pengorbanan jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang maut ketika membuat liputan penderitaan rakyat Somalia pada 2 September lalu dihargai apabila Allahyarham dianugerahkan pingat Bintang Gagah Perkasa (BGP) sempena Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob semalam.

Balu Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, hadir bagi menerima pingat berkenaan pada majlis penganugerahan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Menurut Norazrina, dia berterima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberi pengiktirafan tersebut kepada Allahyarham.

“Semoga perjuangan Allahyarham menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada kita yang masih hidup terutamanya rakan-rakan media untuk melakukan tugasan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: