Pernah digosipkan bercinta ketika kedua-duanya bergandingan dalam drama rantaian, Juvana, hubungan dua pelakon baru, Johan Asaari dan Izreen Azminda, dikatakan tidak lagi serapat dahulu. Semakin renggang dan tidak lagi berhubung antara satu sama lain, Izreen dikatakan berkecil hati apabila Johan digosipkan bercinta dengan pelakon popular, Fasha Sandha.
Cemburu dengan gambar-gambar mesra antara Johan dan Fasha sewaktu di dalam penggambaran drama, Cinta Elysa, Izreen dikatakan cuba merenggangkan hubungannya dengan Johan. Bertanyakan Johan tentang hubungannya bersama Izreen, dia mengakui sangat rapat dengan wanita itu dahulu, namun ia sedikit renggang apabila Izreen tidak lagi mengendahkannya biarpun sudah berkali-kali dia cuba memulihkan kembali hubungan itu. “Kami memang berkawan rapat sebelum ini, namun tidaklah bercinta. Pada saya, cinta itu suatu perkara yang besar, jadi ia perlukan masa yang lama untuk diterjemahkan. “Saya suka persahabatan bersama Izreen, kami rapat dan saya sayangkannya, tapi sekarang ini masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. “Saya sendiri terkejut apabila Izreen mengatakan dia kecil hati apabila saya mula renggang dengannya selepas berlakon bersama Fasha. “Sudah berkali-kali saya hantar pesanan ringkas (sms) padanya, tapi dia tidak pernah balas. Kalau betul dia rasa saya berubah, kenapa tidak saja kami bersemuka dan berbincang secara baik. Saya juga hairan kenapa Izreen tidak mahu lagi bercakap dengan saya. Suka Fasha? Bercerita tentang Fasha pula, jelas Johan, dia sangat menghormati Fasha sebagai ‘senior’ dan tidak terlintas untuk bercinta dengan wanita hebat itu. “Saya anggap Fasha seperti Jennifer Lopez, sebab dia sungguh eksklusif di mata saya. Peribadinya, saya memang takut ketika pertama kali bertemunya, tetapi bila dah berlakon bersama, ternyata Fasha seorang yang ramah, bersungguh dengan kerjanya dan sangat berdisiplin,”jelas Johan. |
Friday, October 21, 2011
Johan Mengaku Masih Sayang Ezreen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: