Tuesday, October 4, 2011

Izwan Pilus kongsi rahsia herba

Menerusi program Racik-Racik Herba, penyanyi dan pengacara, Izwan Pilus akan berkongsi keistimewaan tumbuhan herba, khususnya dalam masakan.

Rancangan 13 episod ini, bersiaran setiap Sabtu, jam 12.31 tengah hari, bermula Oktober ini.

Tidak lengkap program ini, tanpa resipi dan masakan istimewa. Menggunakan pelbagai jenis herba, pengambaran rancangan dilakukan di pelbagai lokasi termasuklah di taman, kedai mahupun pasar.

Selain itu, pengacara juga akan membuat ulasan mengenai lokasi-lokasi pelancongan dan percutian menarik di seluruh negara.

Menariknya, program berkonsepkan travelog ini, turut memilih Bukit Broga ,sebagai satu lokasi penggambaran, selepas selesai merakamkan episod di Rompin dan Homestay Pelegong, Negeri Sembilan. Diikuti Mersing, Kluang, Cameron Highlands, Kuala Selangor dan Taman Herba Negeri Perak di Ipoh. Manakala Terengganu dan Kelantan menjadi destinasi terakhir penggambaran.

Racik-Racik Herba turut memaparkan aktiviti pendakian Izwan Pilus ke puncak Bukit Broga dan penonton berpeluang melihat sendiri cabaran yang terpaksa dilalui sebelum sampai ke puncak dan penemuan beberapa herba serta ulaman sepanjang merentasi perjalanan ini.

Izwan yang sebelum ini pernah mengendalikan program Bintang RTM mengakui, tertarik dengan program ini kerana mahu mencuba sesuatu yang baru. Ini pertama kali mengacarakan program masakan berunsurkan travelog.

Penonton dan peminat Izwan diharap tidak terlepas menyaksikan program ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: