Thursday, October 20, 2011

Honda Wave Dash SE versi Repsol dilancar

BERGAYA...sasar jual 4,200 Honda Wave Dash SE.
BERGAYA...sasar jual 4,200 Honda Wave Dash SE.

BOON Siew Honda Sdn Bhd menyasar jualan 4,200 unit Honda Wave Dash SE yang didatangkan dalam versi Repsol dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang hingga awal tahun depan.

Pengarah merangkap Pegawai Pemasaran dan Jualan Boon Siew Honda Sdn Bhd, Tan Hui Jing berkata, model terbaru itu tampil dengan imej lebih bergaya diperkenalkan berikutan kejayaan pelancaran Honda Wave Dash pada April lalu. Menurutnya, model edisi khas berharga RM5,368 itu disasarkan kepada golongan muda yang gemar dengan gaya motosikal Repsol.


“Ia menampilkan gaya dinamik, canggih dan selesa, di samping jenamanya yang meyakinkan pengguna serta tahan lasak,” katanya pada sidang media sempena pelancaran model motosikal itu di Hotel Pan Pacific, di Sepang, Selangor, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada; Ketua Pegawai Tadbir Boon Siew Honda, Jeremy Loo dan Ketua Kumpulan Penunggang Honda Repsol, Andrea Doviziosa. Honda Wave Dash SE dijana dengan kuasa 110cc enjin empat lejang yang menampilkan kuasa kuda maksimum 6.22kW/7,500rpm dan tork maksimum mencecah 8.59Nm/5,500 rpm.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: