“BERTENANG, jangan marah, nanti cepat tua,” gurau teman-teman. Gurauan yang tidak lapuk ditelan zaman ini rupanya ada benarnya kerana kajian sains menunjukkan sikap kurang molek seperti cepat marah, mudah tertekan dan resah bukan saja boleh menjejaskan kesihatan tetapi turut memberi kesan pada keadaan kulit.
Tekanan antara faktor yang boleh membuatkan kulit kita nampak lebih tua. Itu belum masuk faktor gaya hidup tidak sihat dan jarang bersenam, kurang menitikberatkan soal pemakanan, penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak bersesuaian dan pencemaran - termasuk asap rokok.
Selain itu, kulit yang selalu terdedah pada sinaran ultra lembayung juga akan lebih cepat tua tetapi malangnya masih ramai wanita tidak memakai krim tabir suria walaupun pakar kulit menegaskan ia satu keperluan harian, kata Naib Presiden Pembangunan Produk Clinique, Debbie D’Aquino.
Memang tiada siapa dapat menafikan pentingnya kesihatan kulit muka. Bagi perempuan, memiliki kulit halus, bercahaya dan bersih daripada cela umpama mendapat harta yang tidak ternilai harganya - yang perlu dijaga sentiasa.
“Apabila kulit kita sihat, seri dan sinarnya boleh dilihat. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, sel mati perlu dibuang setiap hari dengan cara lembut,” katanya pada pelancaran Clinique Turnaround Concentrate Extra Radiance Renewer di Bangkok, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Presiden merangkap Pengurus Besar Clinique Asia Pasifik, Paul Slavin.
Menurutnya, memang ada pihak berpendapat kita tidak boleh melakukan proses pengelupasan iaitu untuk membuang sel kulit yang mati. Pendapat ini tidak benar kerana secara semula jadi badan kita membuang lebih 100,000 sel mati setiap hari. Masalahnya proses pembuangan sel mati secara semula jadi ini tidak berlaku dengan sekata dan akibatnya kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.
“Memang ramai orang keliru dengan isu ini sama ada boleh dilakukan pembuangan kulit mati setiap hari atau hanya dua kali seminggu seperti pendapat sesetengah pihak. Sebenarnya kita boleh dan memang disarankan membuang kulit mati setiap hari dengan cara yang lembut.
“Salah faham timbul apabila kita menggunakan produk kerana ikut orang iaitu selepas nampak ia berkesan pada orang berkenaan. Bukan semua orang boleh menggunakan produk yang sama. Apa yang nampak sangat ‘menakjubkan’ pada orang lain tidak semestinya menunjukkan kesan sama pada kita kerana pilihan produk penjagaan kulit perlu dibuat berdasarkan keadaan keadaan kulit setiap individu,” katanya.
Debbie berkata, proses semula jadi kulit ada tiga peringkat iaitu:
Apabila usia kita meningkat, proses pembuangan sel mati yang berlaku secara semula jadi akan semakin perlahan. Pada usia 25 tahun, proses daripada pembentukan sel baru hinggalah ia mati mengambil masa 30 hari.
Pada umur 30 hingga 40 tahun, proses ini mengambil masa antara 35 hingga 45 hari dan melebihi 50 hari bagi individu berumur 50 tahun ke atas. Ini bermakna sel kulit baru yang sampai ke permukaan kulit muka ketika kita dalam tempoh 30 hari kini mengambil masa lebih lama sehingga menyebabkan kulit menjadi kusam, kering, kasar, nipis dan sekali gus membuat kita nampak tua.
Walaupun sel mati ini akan tanggal sendiri tetapi masih ada partikel, sisa atau sel mati yang terlekat pada kulit. Jadi di sinilah pentingnya kita membuang sel mati supaya bahan sisa ini tidak terus terkumpul yang lama kelamaan boleh menjejaskan keadaan kulit muka kita.
Inilah sebabnya, kata Debbie, pembuangan sel kulit yang mati perlu dimasukkan dalam rutin penjagaan kulit harian bagi setiap wanita tanpa mengira umur, khususnya mereka yang berusia 30 tahun ke atas.
“Jika anda pergi berjumpa pakar kulit, perkara pertama yang mereka akan lakukan ialah menyegarkan dulu kulit kita dengan membuang sel kulit mati sebelum memberikan rawatan lain,” katanya.
Kenapa proses pembuangan sel kulit mati penting?
Ia adalah cara semua jadi untuk menyerlahkan kecantikan kulit dengan:
Namun ada satu perkara penting, jangan cuba menggosok kulit yang rosak akibat selaran matahari (terbakar). Ini kerana ketika ini kulit berkenaan sudah mengalami keradangan dan apa yang perlu dilakukan ialah menunggu sehingga kulit anda pulih sendiri sebelum mencuba sebarang produk pengelupasan.
Apa yang boleh menghalang kita daripada memperoleh kulit yang berseri?
Menurut Debbie, ada banyak faktor yang boleh membuatkan kulit tampak kusam dan tidak bermaya iaitu:
Kulit kusam
“Kulit kusam adalah isu global yang mendapat perhatian wanita di seluruh dunia daripada semua peringkat umur termasuklah di Asia. Mungkin ramai tidak sedar kulit wanita Asia sangat unik kerana ia tidak mudah mempunyai garis halus atau berkedut berbanding kulit wanita Barat. Ia juga mempunyai daya kerintangan atau ketahanan yang lebih tinggi terhadap pendedahan sinar UV.
“Selain itu, kebanyakan wanita Asia mempunyai kulit yang bersih dan mulus.
Bagaimanapun, ia agak lemah dan lebih mudah rosak, cepat bertindak balas terhadap tekanan dan ada tompok kusam. Keperluan kulit Asia sebenarnya berbeza sedikit dengan wanita Barat,” katanya.
Katanya, kulit wanita Asia memerlukan pencucian dan pembuangan sel mati yang lembut. Penjagaan ini perlu disusuli dengan penggunaan pelembap dan pengambilan makanan tambahan.
Bagaimanapun, ada kalanya selepas puas mencuba pelbagai produk, keadaan kulit masih tidak berubah. Bagi yang masih tercari-cari, bolehlah mencuba Clinique Turnaround Concentrate Extra Radiance Renewer untuk membantu merangsang tiga peringkat proses semula jadi kulit seperti yang disebut di atas melalui:
Ekstrak berangan akan bertindak sebagai pemberi ‘amaran palsu’ kepada kulit untuk merangsang pembaharuan sel kulit dan menanggalkan sel mati tanpa memberi tekanan pada kulit. Asid salisilik pula membantu meleraikan ikatan yang memegang sel-sel kulit. Ia akan tertarik pada tompok paling kering pada kulit supaya bahagian ini menjadi lembut dan licin.
Asetil glukosamine pula membantu mengawal pusingan proses pembentukan sel kulit dan menyingkirkan sel mati daripada permukaan kulit supaya ia tampak bersih dan berseri.
Selain itu, ia juga mengandungi bahan antioksidan seperti ekstrak penapaian akar Polygonum cuspidatum, vitamin E dan sodium hyaluronate yang mampu ‘memegang’ air sehingga 1,000 kali berat asalnya. Ekstrak bran beras juga dimasukkan ke dalam formulasi ini supaya warna kulit jadi lebih sekata di samping memberi perlindu�ngan daripada kesan kerosakan akibat terdedah pada cahaya matahari.
Produk yang lembut ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan peringkat umur dan kesannya boleh dilihat dalam masa empat minggu dan kehalusan kulit meningkat sebanyak 74 peratus, kata Debbie lagi.
“Kami bukannya mempercepatkan apa-apa proses tetapi cuba membantu supaya proses biologi ini berlaku secara semula jadi untuk mendapat kulit lebih sihat dan cantik tanpa kesan sampingan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: