Wednesday, October 12, 2011

'Finger Print' sedia tawan peminat

Seiring dengan nama kumpulan, Finger Print, yang membawa maksud cap jari, empat anak muda ini punya identiti tersendiri dan sedia melangkah ke persada seni.

Nama Finger Print, kedengaran agak unik, kerana itulah nama itu dipilih bagi memberi kelainan untuk kumpulan ini mencuba nasib di tengah-tengah lambakan muka baru yang kian bercambah.

Menurut vokalisnya, Saiful Zuril Azuan Ahmad, 26, yang lebih dikenali sebagai Saza, Finger Print bermaksud lain dari yang lain dan mereka mencuba untuk membawa konsep muzik yang berbeza dari yang sedia ada.

Katanya, setiap orang memiliki cap jari yang berbeza dan itulah yang cuba diterjemahkan Finger Print.

“Finger Print tidak terikat dengan satu konsep dan genre sahaja kerana kami lebih selesa memuatkan pelbagai genre dalam lagu kami. Dengan cara itu, pendengar boleh memilih mana satu genre yang mereka suka.

“Dari awal penubuhan, kami menetapkan untuk mempelbagaikan genre mengikut kesesuaian. Kami berusaha untuk menjadi kumpulan pemuzik yang kreatif dan membuat pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti yang berkualiti.

“Walaupun industri kini berhadapan dengan lambakan muka baru, kami cuba untuk tampil kelainan agar kehadiran kami bukan sekadar pengikut kumpulan yang sedia ada. Namun, kami akui, ia masih di peringkat permulaan,” katanya yang bakal muncul dengan single terbaru, Engkau Milikku.

Sebelum ini, Finger Print pernah menghasilkan dua EP yang berjudul Sebuah Kedamaian pada 2007 dan Hala Tuju pada 2010. Mereka juga merakamkan semula ‘killer song’ Rahimah Rahim yang bertajuk Gadis dan Bunga, tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: