
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Naza Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin berkata, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan strategi yang dirangka dan harga menarik yang ditawarkan untuk model baru itu.
Menurutnya, pengenalan model baru itu juga disasarkan dapat meningkatkan agihan pasaran dalam kategori ‘naked bike’ kepada 50 peratus berbanding 20 peratus setakat ini.
“Setakat ini, momentum pertumbuhan untuk model Ducati berkembang setiap tahun di mana pada 2008 dan 2009, syarikat berjaya mencatatkan 100 peratus pertumbuhan jualan.
“Pada masa kini dan akan datang, dengan pengenalan produk Ducati Asian, kami percaya strategi baru yang dirangka dapat memacu Ducati untuk menjadi pemain yang berdaya saing dalam pasaran negara ini,” katanya semasa pra pelancaran model baru Ducati, Monster 795 di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Naza Group of Companies, Datuk SM Zulkifli SM Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Ahmad Razlan Tan Sri Ahmad Razali dan Naib Presiden YTL Group, Jacob Yeoh.
SM Faisal berkata, model baru itu dijangka dapat berterusan menyumbang kepada pertumbuhan Ducati di Malaysia, di mana pada tahun ini volum jualan berkembang mencapai 100 peratus dengan sasaran peruncitan lebih 200 unit Ducati.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: