Friday, October 21, 2011

Festival barang kemas


Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut terpesona dengan barangan kemas yang dipamerkan pada Festival Barangan Kemas Antarabangsa Malaysia yang ke 17 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


LEBIH daripada 150 pengusaha barangan kemas daripada serata dunia telah menyertai Festival Barangan Kemas Antarabangsa Malaysia yang ke 17 baru-baru ini.

Di antara negara yang menyertai festival kali ini termasuklah Malaysia, Hong Kong, Singapura, Dubai, India, Sri Lanka, Kemboja, Indonesia, Iran, Thailand, China, New Zealand, Poland dan banyak lagi.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur daripada 7 hingga 10 Oktober lalu, festival ini diadakan dua kali setahun dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai pameran barangan kemas terbesar di Malaysia.

Pameran kali ini telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah selaku tetamu Di Raja.

MIJ Exhibition Sdn Bhd merupakan penganjur barangan kemas yang terkemuka di Malaysia.

Dengan mempunyai pengalaman melebihi 16 tahun dalam industri pameran, MIJ Exhibition Sdn Bhd dikenali dengan kepakarannya dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa misalnya Festival Barangan Kemas Antarabangsa Malaysia (MIJ).

MIJ Exhibition Sdn Bhd juga pernah menganjurkan pameran barangan kemas antarabangsa di Amerika Syarikat, Sepanyol, Shanghai dan Hong Kong.

Pencapaian unggulnya telah mendorong pembangunan ekonomi negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju di pasaran barangan perhiasan di Asia.

MIJ11 mendapat sokongan daripada Persatuan Pereka Barangan Kemas Antarabangsa Hong Kong bagi membawakan lebih banyak rekaan terbaru yang menonjol daripada pereka-pereka barangan kemas terkemuka dan pemenang-pemenang anugerah bagi ditampilkan di MIJ11.

Selain keunikan rekaan barangan kemas yang diilhamkan oleh pereka-pereka tersebut terdapat juga rekaan barangan kemas yang mempunyai ciri-ciri budaya asli daripada negara-negara yang menyertai seperti barangan kemas daripada India, Sri Lanka dan Iran. Rekaan seperti ini amat jarang didapati di pasaran barangan kemas di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: