JIKA dilihat pada ruang-ruang di dalam rumah, kesemuanya mempunyai fungsi masing-masing.
Selain ruang tamu dan bilik tidur, ruang dapur juga memainkan peranan penting kerana ia bukan sekadar tempat untuk memasak tetapi tempat ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama.
Malah dapur yang cantik dan selesa sudah pasti akan memberi semangat kepada isteri atau ibu melakukan rutin hariannya.
Hari ini kebanyakan rumah mempunyai dua ruang dapur iaitu kering dan basah.
Lazimnya di bahagian dapur kering susun letak pinggan mangkuk serta kedudukan perabot (kabinet dapur) amat dititikberatkan, berbeza pula dengan dapur basah yang biasanya menempatkan dapur memasak dan juga sinki.
Justeru menurut Pengarah Urusan My Kitchen, Hairudin Mahmud, pemilihan perabot serta susun atur di ruang dapur harus menepati fungsi agar keadaan dapur selesa dan praktikal.
Oleh itu katanya, dalam merancang untuk memasang kabinet dapur yang ideal, pergerakan ketika melakukan tugas-tugas seperti memasak, menghidangkan makanan malah mencuci pakaian hendaklah diambil kira.
Ini termasuk faktor-faktor seperti keluasan ruang dapur, kedudukan tingkap, pintu dan paip serta peralatan elektrik yang lain.
"Pilihan bentuk kabinet dapur juga penting sama ada yang berbentuk koridor, bentuk L, bentuk U atau kabinet dapur yang ditambah 'island'.
"Setiap bentuk mempunyai kelebihan masing-masing. Sebagai contoh kabinet dapur yang ditambah 'island' hanya sesuai untuk dapur yang luas," katanya.
Sementara itu kata Hairuddin, My Kitchen merupakan syarikat pembuatan perabot tempatan yang menawarkan perkhidmatan dekorasi kabinet dapur yang terkini.
Himpunan kabinet dapur yang ditawarkan menggunakan teknologi moden dan reka bentuk yang inovatif.
"Walaupun namanya My Kitchen, kami turut menawarkan pelbagai jenis reka bentuk untuk almari pakaian dan pintu rumah.
"Yang pasti, baik kabinet dapur mahupun almari pakaian ia dibina mengikut kesesuaian cita rasa dan jenis rumah di negara ini," ujarnya ketika ditemui bilik pameran syarikatnya di Batu Caves, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya lagi, walaupun menawarkan pada harga yang berpatutan dan mampu milik, tetapi kualiti yang diberikan adalah sama dengan barangan lain yang berada di pasaran.
Selain itu, pelbagai reka bentuk moden boleh dipilih para pelanggan untuk kediaman masing-masing.
Jelas Hairudin lagi, kesemua produk yang dihasilkan adalah 100 peratus buatan Malaysia dan dihasilkan sendiri oleh anak-anak tempatan.
Menurut Hairudin lagi, selain menawarkan reka bentuk moden kepada pelanggan, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman secara percuma bagi mereka yang mengimpikan reka bentuk idaman.
Turut menggabungkan rekaan dengan cita rasa pengguna masa kini, kabinet dapur My Kitchen tampil dengan warna-warna menarik dan serasi dengan jenis rumah yang didiami.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: