TINGGAL KENANGAN...Jo dan Wood pada Julai 2008 sebelum Wood meninggalkannya beberapa bulan kemudian untuk wanita lain.
SEMBANG...Jo dilihat berbual dengan Bill Wyman dan seorang rakan selepas persembahan muzikal.
ANA Araujo bukan wanita yang menyebabkan anggota kumpulan Rolling Stones, Ronnie Wood meninggalkan isterinya, tetapi keadaan mungkin agak pelik apabila dia bertembung dengan Jo, bekas isteri Wood, malam tadi.
Kedua-dua wanita itu menghadiri majlis gala Rock of Ages malam tadi bersama kemunculan ramai lagi muka popular.
Ana, 31, hadir dengan pakaian seksi yang berbelah di hadapan mendedahkan kakinya hingga ke paras paha dan sebelah payu daranya di sebalik pakaian hitamnya yang jarang.
Aktres yang digugurkan oleh agensi model Select dan juga jurucakapnya itu turut mengenakan jaket, beg kepit, sandal gladiator dan topi serba hitam ketika menghadiri majlis itu di panggung Shaftesbury.
Sementara Ana dilihat keterlaluan dalam fesyen pakaiannya, Jo pula memilih pakaian lebih sopan dengan gaun lebar hitam berbintik manik perak.
Pertemuan itu mungkin sedikit ganjil tetapi terdapat ramai lagi tetamu menyebabkan mereka dapat mengelakkan diri jika masing-masing tidak mahu bertembung.
Jo dilihat berbual bersama Bill Wyman selepas acara muzikal itu.
Jo dan Wood yang berkahwin selama 24 tahun dan mempunyai dua anak, bercerai pada 2009 selepas anggota Rolling Stones itu meninggalkan wanita berkenaan untuk pelayan Ekaterina Ivanova setahun sebelum itu.
Bercakap kepada Daily Mail pada Januari tahun lalu, Jo berkata: “Saya hanya menangis dan menangis untuk tempoh yang lama. Namun, kini sayalah yang paling gembira.”
“Saya cuba membantu Wood. Sepanjang hidup ini, saya hanya menguruskan Wood, memastikan dia mengambil vitamin, bimbang setiap kali dia tidak pulang, takut-takut dia ditimpa kemalangan. Dia memasuki pusat pemulihan banyak kali, tetapi dia selalu kembali meminum arak. Saya rasa, ia sudah sebati dalam genetiknya.
“Saya sayangkan Wood dan setia kepadanya selama lebih 30 tahun. Dia selalu menafikan hubungan sulitnya - dia memang bijak dalam hal itu - dan saya percayakan dia. Jadi, secara jujur, saya tidak pernah membayangkan keadaan ini boleh berlaku.”
Wood berpisah dengan Ekaterina yang muncul dalam Celebrity Big Brother pada Disember 2009 dan mula berpacaran dengan Ana awal tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: