Tuesday, October 4, 2011

Hati Nabil gundah

MERPATI SEJOLI...Nabil dan Nazirah di atas pelamin persandingan.
MERPATI SEJOLI...Nabil dan Nazirah di atas pelamin persandingan.

SEKADAR menjangkakan seramai 3,000 tetamu hadir ke majlis persandingannya yang berlangsung di Digital Park i-City Shah Alam, malam kelmarin, ia nyata di luar dugaan Nabil apabila jumlah itu bertambah hingga 6,000 orang dan amat meriah.

Diterangi limpahan cahaya lampu berwarna-warni, majlis persandingan indah berkonsepkan ‘fantasi Inggeris’ impian Nabil menjadi kenyataan seperti diharapkannya. Tidak mampu meluahkan dengan kata-kata, Nabil hanya mampu tersenyum puas.

  • Foto

    KASIH SUAMI...Nabil menyuapkan kek perkahwinan ke mulut isterinya, Nazirah.

  • Foto

    DIRAI...pasangan pengantin muncul bersama menaiki vespa berwarna kuning.

  • Foto

    JACLYN VICTOR...turut bertindak sebagai pengapit pengantin.

  • Foto

    MERIAH...kira-kira 6,000 tetamu hadir meraikan persandingan Nabil dan Nazirah di Digital Park i-City, Shah Alam, malam kelmarin.

  • Foto

    MENGHIBURKAN...dari kiri Amyza, Didie dan Jep bergandingan sebagai pengacara majlis.

  • Foto

    RESTU...pelukan kasih bapa tersayang, Ahmad Ismail kepada Nabil.

Apapun, sebelum masuk ke pentas persandingan, Nabil dan isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, 23, muncul menunggang vespa berwarna kuning dengan diiringi konvoi bermotosikal seramai 60 orang. Ia gimik yang ingin dilakukan Nabil.

Ini kerana, pasangan merpati sejoli itu memiliki minat sama iaitu menunggang motosikal. Malah, Nabil ketika ditemui media pada majlis pernikahannya memaklumkan dia kagum dengan kemampuan Zira yang mampu menunggang motosikal.


Turut meraikan ulang tahun kelahirannya ke-28 pada malam persandingan itu, Nabil tak pernah menyangka ada ‘kejutan istimewa’ buatnya. Selepas selesai acara makan beradab, tiba-tiba saja pancaran bunga api bergemerlapan di ruang angkasa.


Ketika itu, tiga pengacara majlis iaitu Didie Alias, Amyza Adnan dan Jep (kumpulan Sepah) yang menggalas tanggungjawab memeriahkan suasana dengan celoteh mereka terus mengumumkan hari jadi Nabil dan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

Ditemui pada sidang media selepas persandingannya, Nabil berkata, dia sangat bersyukur dan gembira kerana semua yang dirancang berjalan lancar. Cuma, ujarnya dia tidak menyangka tetamu jemputan yang hadir lebih daripada sasaran.

“Memang hasrat saya untuk diraikan dalam majlis yang meriah. Tetapi, tak sangka pula ramai yang hadir walaupun kemasukan tetamu menggunakan sistem kad jemputan. Malah, lebih menggembirakan saya kerana semua tetamu dapat menjamu selera.

“Jujurnya, apabila dimaklumkan oleh perancang perkahwinan saya mengenai jumlah tetamu yang terlalu ramai, dalam hati ini sangat risau jika makanan tidak cukup. Selaku pasangan dirai, saya dan isteri tidak mahu ada tetamu yang tak dapat makan.

“Kehadiran mereka yang sanggup meluangkan masa dan datang bersama keluarga untuk menyaksikan persandingan kami sangat bermakna. Jadi, sudah pasti kami juga tidak mahu mereka pulang dengan perut kosong dan lapar kerana tak makan,” katanya.

Menurut Nabil, dia sangat bersyukur perkara ditakuti tidak berlaku dan yang penting niatnya untuk majlis bahagia itu turut disaksikan anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) dimakbulkan Tuhan. Seramai 40 anak yatim dan OKU dari Seremban hadir.

Sementara itu, Nazirah pula berkata dia tak pernah berangan-angan untuk diraikan dalam majlis persandingan yang serba meriah dan dihadiri terlalu ramai orang. Katanya, dia seorang yang sederhana dan hanya
mengimpikan persandingan ringkas.

“Situasi yang berlaku pada majlis persandingan saya dan suami, Nabil pada malam ini (kelmarin) cukup mengejutkan kerana sangat meriah dan amat menghiburkan. Saya teruja, gembira serta berterima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir meraikan kami.

“Saya benar-benar tak sangka meriah seperti ini dengan kehadiran tetamu yang di luar jangkaan,” katanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa dan mengurus keperluan suami. Nazirah tidak akan campur tangan menguruskan karier seni Nabil.

Nabil berkata dia sendiri sudah mempunyai pembantu peribadi dan pengurus yang bertanggungjawab mengendalikan segala urusan kariernya. Jadi, katanya, biarlah Nazirah hanya memberi tumpuan dan menjaga urusan rumah tangga mereka.

Menyentuh mengenai apakah perkahwinannya akan dilabel sebagai ‘Wedding of The Year’, Nabil berkata, gelaran itu tidak penting dan dia tidak pernah mengharapkannya.

Katanya, apa yang diinginkan ialah perkahwinan dibina berkekalan hingga akhir hayat.

Bagi meraikan malam indah majlis resepsi pasangan pengantin baru itu, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan hebat dan mantap dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Black (Mentor) serta Jaclyn Victor dengan lagu popular mereka.

Mengenai pemilihan konsep persandingan ‘fantasi Inggeris’, pasangan pengantin menginginkan majlis berlangsung secara santai tetapi meriah. Malah, ia tidak memerlukan tetamu hadir dengan pakaian formal dan cukuplah dengan bergaya kemas.

Pada majlis persandingan itu juga, Nabil dan isteri hanya menggayakan satu persalinan yang menepati konsep diimpikan mereka. Kedua-dua mempelai tampil anggun dan segak dengan gaun labuh dan tuksedo berwarna putih rekaan Wazira.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: