Monday, October 3, 2011

Arianespace lancar dua satelit


Kapal pelancar Ariane 5 ECA melancarkan satelit-satelit Arabsat 5C dan SES-2 dari lapangan kapal angkasa Eropah di Kourou, Guiana Perancis baru-baru ini.


ARIANESPACE, pelancar satelit-satelit milik Malaysia Measat-1 & 2, baru-baru ini melancarkan dua satelit komunikasi, Arabsat 5C untuk pengendali Arabsat, dan SES-2 bagi pengendali SES.

Misi telah disempurnakan pada awal pagi 22 September lalu oleh pelancar Ariane 5 ECA dari lapangan kapal angkasa Eropah di Kourou, Guiana Perancis.

Kejayaan pelancaran melalui Ariane 5 ini, yang kelima pada tahun 2011, sekali lagi membuktikan keupayaan operasi pelancar.

Ariane 5 mengendalikan pelbagai misi yang lengkap, dari pelancaran komersial orbit geopegun ke pelancaran ke orbit khas.

Ini adalah pelancaran ke-60 buat Ariane 5, dan kejayaan pelancaran ke-46 berturut-turut. Ariane 5, sebuah pelancar satelit komersial di pasaran kini yang mampu melancarkan dua beban (payload) pada masa yang sama.

Kejayaan misi yang terbaru itu jelas menunjukkan bahawa pelancaran perkhidmatan dan penyelesaian Arianespace terus menetapkan standard global dan jaminan akses bebas ke angkasa untuk semua pelanggan. Ini termasuk agensi-agensi angkasa kebangsaan dan antarabangsa, swasta dan kerajaan.

Penyokong utama operator di seluruh dunia

Arianespace menawarkan perkhidmatan pelancaran dan penyelesaian yang paling sesuai dengan keperluan pengendali terkemuka di seluruh dunia.

Lebih 26 tahun yang lalu, sejak pelancaran Arabsat 1A pada tahun 1985, Arianespace dan Arabsat telah membentuk satu hubungan yang sangat rapat.

Arabsat 5C adalah satelit kelapan yang dipilih oleh pengendali tersebut untuk dilancarkan oleh pelancar Eropah ini.

Arianespace dan SES mempunyai hubungan yang luar biasa dalam tempoh 20 tahun yang lalu. SES-2 adalah satelit ke-35 dari kumpulan SES yang dilancarkan oleh roket Ariane.

Arabsat 5C dibina oleh Astrium dan Thales Alenia Space untuk pengendali satelit komunikasi Arabsat, yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi.

Astrium membekalkan platform Eurostar E3000 dan mengendalikan integrasi satelit, manakala Thales Alenia Space menghasilkan muatan.

Dilengkapi dengan 26 transponder C-band dan 10 spotbeams Ka-band, Arabsat 5C akan menyampaikan perkhidmatan telekomunikasi, serta penyiaran program televisyen ke Timur Tengah dan Afrika Utara.

Kedudukannya yang baik pada 20 darjah di timur, ia direka untuk jangka hayat melebihi 15 tahun.

SES-2 telah dibina oleh Orbital Sciences Corporation dan menggunakan platform Star 2,4.

Ia dilengkapi dengan 24 Jalur-C dan 24 transponder Ku-band, dan menawarkan jangka hayat selama 15 tahun.

Diletakkan pada kedudukan 87 darjah barat, SES-2 akan menyiarkan pengaturcaraan untuk stesen TV terkemuka di dunia melalui satu rangkaian pengedaran yang terbesar di pasaran. Ia juga akan menyediakan perkhidmatan Satelit Bukaan Amat Kecil (VSAT) untuk pelanggan profesional dan agensi-agensi kerajaan di Amerika Utara dan Caribbean.

Satelit SES-2 membawa muatan Inframerah komersial, atau CHIRP, direka untuk memenuhi keperluan eksperimen kerajaan Amerika.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: