Setelah kali terakhir muncul dengan album berjudul Oh! pada Januari tahun lalu, kumpulan popular Korea Selatan, SNSD kembali menggegarkan industri hiburan.
SNSD yang turut dikenali dengan nama Girl’s Generation ini, baru sahaja melancarkan album ketiga mereka, The Boys 19 Oktober lalu.
Album ini tidak mengambil masa lama untuk menarik perhatian peminat kerana kemunculan semula kumpulan dianggotai sembilan gadis cantik, Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffanu, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona dan Seohyun mendapat liputan meluas daripada media.
Kumpulan SNSD sepatutnya membuat kemunculan lebih awal, tetapi terpaksa ditunda bagi memastikan album itu dapat dipasarkan ke seluruh dunia.
Penangguhan itu bukan sahaja mengecewakan ramai peminat, malah membuatkan beberapa artis yang turut ingin membuat kemunculan semula gigit jari.
Menariknya, album baru itu turut memperlihatkan kematangan mereka dari segi susunan lagu dan koreografi tarian, selain tampil dengan imej baru.
Peminat juga dapat melihat setiap ahli menunjukkan kemampuan sendiri ketika beraksi di atas pentas.
Ini bermakna, SNSD tidak lagi menghidangkan kepada peminat konsep bertema atau gimik persembahan yang begitu sinonim dengan mereka sebelum ini.
Tidak hanya itu, peminat juga meletakkan harapan tinggi terhadap album The Boys kerana SNSD menggunakan khidmat penerbit terkenal, Teddy Riley yang pernah bekerjasama dengan Michael Jackson.
Selain Teddy, album yang memuatkan 12 lagu itu turut mendapat sentuhan nama besar dalam industri K-Pop seperti Yoo Young Jin, Kim Young Hoo, Hitch Hiker, Kenji dan Hwang Sun Jae.
SNSD turut melancarkan klip video The Boys dalam bahasa Korea dan Inggeris yang ditayangkan di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, dan China.
Bagi mengubat kerinduan peminat, SNSD akan tampil buat pertama kali dalam sebuah program televisyen, Music Bank, 21 Oktober ini.
Kemudian, mereka akan terus terlibat dengan konsert di Nw York, Amerika Syarikat, pada 23 Oktober.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: