Tuesday, August 23, 2011

Yakin capai sasaran



Hua Yang Berhad, syarikat pemaju hartanah optimis capai sasaran jualan sebanyak RM350 juta menjelang penghujung tahun kewangannya yang berakhir Mac 2012.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Wen Yan berkata, syarikat itu yakin dapat terus berkembang dalam segmen kediaman mampu milik dengan :mencapai jualan RM350 juta berdasarkan sumbangan daripada operasi perniagaannya di seluruh negara.

“Berdasarkan ramalan kami, projek di Johor dan Perak dijangka menyumbang sehingga RM150 juta, manakala :operasi di Lembah Klang akan menyumbang RM200 juta menjelang penghujung tahun kewangan ini,” katanya.

Bagi suku pertama berakhir 30 Jun lalu, Hua Yang Berhad mencatatkan peningkatan hasil 66 peratus kepada RM61.751 juta dan untung sebelum cukai RM15.259 juta.

Jualan yang dicapai setakat penghujung suku pertama tahun :kewangan 2012 berjumlah RM163.8 juta, di mana 232 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama dalam tahun sebelumnya dan bersamaan :dengan 53 peratus daripada keseluruhan jualan yang dicapai dalam tahun kewangan sebelumnya.

Penyumbang utama kepada prestasi jualan adalah One South di Sungai Besi, yang merupakan :pembangunan: kemegahan Hua Yang di Lembah Klang.

Fasa 2 One South yang terdiri daripada dua blok pangsapuri servis dengan jumlah nilai pembangunan kasar, RM160 juta telah 100 peratus ditempah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: