Tuesday, August 23, 2011
Optimis penggunaan data meningkat
Celcom Axiata Berhad (Celcom) optimis pertumbuhan penggunaan data ke atas pelanggan di kalangan telefon pintar akan mencecah 20 peratus sehingga hujung tahun ini.
Ketua pegawai pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, ketika ini, 15 peratus daripada 900,000 pengguna jalur lebar Celcom menggunakan perkhidmatan data di telefon bimbit dan pengenalan Samsung Galaxt Tab 10.1 bakal meningkatkan lagi jumlah itu.
“Secara tidak langsung, penggunaan tablet semakin menjadi pilihan dan kemunculan :model Samsung Galaxy Tab 10.1 ini, menggalakkan penggunaan data di kalangan pengguna baru dan sedia ada,” katanya selepas menjalinkan kerjasama sebagai telco pertama bagi Samsung Galaxy Tab 10.1 pasaran Malaysia, di Kuala Lumpur.
Menurutnya, gaya hidup pengguna yang semakin menunjukkan minat terhadap penggunaan tablet juga adalah salah satu faktor utama peningkatan ke atas jumlah penggunaan data.
“Sebelum ini, kami melancarkan tablet dan lebih 20,000 berjaya dijual dalam tempoh tiga bulan. Jadi untuk model ini kami menjangkakan ia mampu dijual lebih daripada itu,” katanya penuh yakin.
Pengarah Urusan Samsung Elektronics Sdn Bhd, Kwon Jae Hoon berkata, pengenalan Samsung Galaxy Tab 10.1 akan terus mengukuhkan lagi penguasaan Samsung bagi pasaran tablet.
“Samsung Tablet 10.1 ini memberi lebih: nilai kepada pelanggan kerana model: paling nipis dan ringan dengan berat hanya 595gram, sekali gus menguasai pasaran tablet dunia,” katanya.
Samsung Galaxy Tab 10.1 ditawarkan dengan harga serendah RM1,468 untuk pelanggan yang melanggan pakej jalur lebar Celcom manakala RM1,899 secara runcit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: